Header Ads

Harith Iskander Pelawak Paling Lucu DiDunia


Ini bukan cerita lawak, tetapi Harith Iskander hari ini benar-benar muncul sebagai manusia paling lucu di dunia.

Harith, 50, yang diumumkan sebagai juara pertandingan Laugh Factory Funniest Person in the World (LFFPITW) di Helsinki, Finland, mengalahkan empat pesaingnya iaitu Alex Calleja dari Filipina, yang menjadi naib juara, diikuti Katerina Vrana dari Greece (tempat ketiga), Mino Van Nassau dari India (tempat keempat) dan David Kilimnick dari Israel (tempat kelima).

"Congratulations @HarithIskander- #LaughFactory's Funniest Person in the World for 2016," kata penganjur pertandingan itu, Laugh Factory, melalui akaun Twitter rasmi mereka hari ini.

Sebagai pemenang gelaran yang menjadi rebutan itu, pelawak solo berkenaan menerima hadiah US$100,000 (RM443,000) dan jelajah komedi di Amerika Syarikat, manakala Calleja meraih hadiah US$10,000 (RM44,300) dan Vrana mendapat US$5,000 (RM22,150).

Pertandingan itu mengandungi tiga pusingan iaitu Pusingan Pertama yang mana 89 pelawak dari 56 negara bersaing untuk mendapatkan 20 tempat teratas dalam Pusingan Kedua (separuh akhir), sebelum lima pemenang kemudiannya bersaing pada Pusingan Ketiga (Akhir).

Seorang lagi pelawak dari Malaysia, Dr Jason Leong, turut menyertai pertandingan itu, tetapi tidak bernasib baik apabila tersingkir pada Pusingan Pertama.

No comments