Industri Teksi Malaysia Bakal Berkubur - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Industri Teksi Malaysia Bakal Berkubur


Dalam tempoh 16 bulan akan datang, industri teksi dikatakan bakal kerugian sehingga RM60 juta dalam kutipan hasil hingga akhir tahun ini, jika Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) tidak campur tangan bagi menyelamatkan industri yang bernial RM230 juta.

Seorang pengusaha bumiputra teksi berkata industri itu sedang mengalami kejatuhan merudum, dengan banyak teksi baharu yang belum dipajak, sedangkan teksi yang telah dipajak pula semakin dikembalikan oleh pemandu teksi tidak yang sanggup untuk terus memandu.

“Secara puratanya industri itu kerugian di antara RM15 juta dan RM20 juta setiap bulan. Keadaan perniagaan mereka telah mula menurun selepas GST, dan dengan kewujudan Uber dan Grab, kita kini lebih menderita,” kata Pengarah Urusan Avenue Drive Sdn Bhd Abd Razak Abd Aziz.

“Sebagai contoh, sebuah teksi Proton Persona baharu berharga RM50,000 setiap satu. Bayangkan jika satu satu pengendali perkhidmatan teksi tidak boleh menyewakan 50 teksi Persona ataupun dikembalikan(oleh pemandu),” katanya.

“Ia nya adalah kehilangan RM2.5 juta, cuma bagi sebuah syarikat kecil. Fikirkan pengusaha teksi yang besar dan keseluruhan industri, kerana mungkin akan ada kira-kira 20,000 teksi yang ditinggalkan pada bulan-bulan akan datang. Fikirkan tentang kehilangan pendapatan oleh pemandu teksi dan juga pengusaha teksi yang perlu membayar pinjaman bank dan kos lain, “katanya.

Memetik syarikatnya, Abd Razak berkata sekitar 20 teksi telah dikembalikan oleh pemandu teksi sejak Julai dan tiada sebarang pengambilan untuk 60 teksi baru sejak awal tahun ini.

Tinjauan theSun ke beberapa depot syarikat teksi di Rawang, Selayang, Kepong, Ampang, Pandan, Seri Kembangan dan Shah Alam mendedahkan bahawa sejumlah kira kira 1,600 teksi telah diparkir dalam premis mereka.

Salah satu syarikat utama, Uptownace Sdn Bhd, pengurus yang tidak mahu dikenali menggesa pihak media untuk mendedahkan perbezaan cabaran yang dihadapi operator teksi dan perkhidmatan perkongsian perjalanan.

No comments: