Semakan Status BR1M 2017


Semakan Status BR1M 2017


Bagi pemohon yang telah menerima BR1M pada tahun lepas, boleh membuat pemeriksaan status BR1M 2017 anda.

Klik Ke : Semakan Status 2017

MAKLUMAN  
Permohonan Baharu / Kemas Kini BR1M 2017 secara dalam talian dan penghantaran permohonan melalui borang adalah bermula pada 5 Disember 2016 sehingga 31 Disember 2016.
Sila klik  Jadual Pembukaan Kaunter BR1M 2017 di semua Cawangan LHDNM. Jadual Pembukaan Kaunter BR1M 2017 di semua Cawangan LHDNM.
Aplikasi BR1M Dalam Talian tidak direka bentuk untuk capaian peranti mudah alih.
Tarikh akhir penunaian baucar BR1M 2016 telah dilanjutkan oleh MOF sehingga 15 Disember 2016.
MOF telah menetapkan tarikh akhir tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK) BR1M 2016 adalah pada 31 Januari 2017.

SYARAT KELAYAKAN
Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah
Penerima e-Kasih perlu membuat permohonan BR1M 2017.
Kemukakan Salinan:

MyKad bagi pemohon
MyKad / MyPR / MyKid / Sijil Lahir / Pasport bagi suami / isteri / tanggungan (jika berkenaan)
Sijil perceraian / sijil kematian pasangan (jika ada) sekiranya pemohon berstatus Ibu / Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda
Semakan kelayakan dengan agensi / sumber lain adalah tertakluk pada ketetapan Kementerian Kewangan.


SKIM KHAIRAT KEMATIAN BR1M 2017

Skim Khairat Kematian sebanyak RM1,000 hanya layak diberi kepada waris yang didaftarkan di Bahagian Maklumat Waris penerima BR1M kategori Isi Rumah dan Warga Emas yang meninggal dunia di dalam tempoh 1 Januari 2017 sehingga 31 Disember 2017.
Waris perlu membawa dokumen asal berikut:

Sijil Kematian asal / salinan daripada Jabatan Pendaftaran Negara
Kad Pengenalan Asal Waris



Share:

0 comments