Bagaimana Guna Lazada App Deeplink Generator 2017

Dahulu aku ada join Lazada Affiliate dalam tahun 2013 tetapi tiba-tiba sahaja ia tutup tanpa apa-apa notis. Habis duit koleksi Lazada aku ketika itu.

Agak lama juga ler Lazada Affiliate ini nak ujud semula dan bila dalam 2 tahun lepas apabila ujud semula. Kalau nak join Lazada Affiliate kena ada syarikat ler dan kena interview. Ahh malasnya.

Dalam 2 bulan lepas aku mencuba semula Lazafa Affiliate sebab kawan aku nak buat affliate bisnis. Aku cadangkan Lazada dan cuba sign in, rupanya ia kini dah mudah. Hanya perlu ada blog kau dah boleh jadi wakil Lazada Affiliate.

Lazada Affiliate kini lebih baik dengan menggunakan khidmat hasoffers.com sebagai pangkalannya.
Ianya lebih mudah dan mempunyai pelbagai pilihan untuk ahli Lazada Affiliate.

Samada anda mahu download banner yang mempunyai pelbagai saiz atau anda boleh custom kan banner tersebut. Anda boleh mengguna Product Widget Generator atau App Deeplink Generator.

Tapi aku lebih suka mengguna App Deeplink Generator sebab secara peribadi ia lebih mudah.
Jom, aku ajar bagaimana mengguna Lazada Affiliate App Deeplink Generator.

Pertama anda kena sign in Lazada Affiliate dan ikuti syarat-syaratnya. Jika lulus anda akan diberi login dan password untuk dashboard Lazada Affiliate.

Lazada App Deeplink Generator

Dari Dashboard anda klik Offer dan akan keluar sub menu dan kemudian anda pilih  App Deeplink Generator. Anda klik sahaja CLICK TO CREATE APP DEEPLINK  ia akan bawa anda ke laman  App Deeplink Generator.

Lazada App Deeplink Generator


Kemudian anda akan dibawa ke laman  App Deeplink Generator.

Pertama pilih negara yang sign in Lazada Affiliate dan sudah tentu Malaysia kan..heheheheh.
Cara untuk dapatkan link produk amat mudah iaitu ia hanya minta SKU no.

Lazada App Deeplink Generator
Untuk mendapatkan SKU no sudah tentu anda kena buka Laman Lazada Online dan cari produk pilihan anda. Kemudian anda scroll bawah dan anda akan jumpa contoh seperti di atas.

Lazada App Deeplink Generator



Anda copy SKU no dan masukkan SKU no dalam kotak tersebut dan klik carian.
Akan keluar gambar produk seperti di bawah dan juga link ke produk tersebut.

Copy link tersebut dan masukkan ke blog anda.
Siap!!!!

Bagaimana memasukkan produk ke blog dengan menggunakan Lazada App Deeplink Generator 2017

Share:

0 comments