Header Ads

Selamat Hari Jadi Isteri Ku

Selamat Hari Jadi Isteri Ku
Selamat harijadi untuk isteri ku yang ke .... Umur adakah rahsia,,,,hehehhehe. Semoga anjakan umur ini memberi lebih kebahagiaan serta dirahmati olehNya..amin.

Isteriku,
Selagi nafas ini masih terhela,
Selagi jantung ini berdenyut,
Aku akan sentiasa mencintaimu

Isteriku,
Jika cinta ini dapat dinilaikan,
Akan kugadaikan nyawaku untukmu
Agar kita sentiasa bersatu dengan satu nyawa

Isteriku,
Berjuta bintang dilangit yang bersinar,
Hanya satu bersinar terang,
Wajahmu itulah bintang yang bersinar,
Memanah hatiku kepadamu
Di dadaku juga ada bintang yang berkedip, itu adalah kamu…

Isteriku,
Saat dikau tersenyum,
Terasa bumi ini terhenti dari jaluran paksinya,
Terpukau akan manisnya dikau ini

Isteriku,
Cinta itu seperti angin, kau tidak bisa melihatnya tapi kau bisa merasakannya
Cinta itu bukan apa yang dipikirkan oleh akal tapi cinta adalah apa yang dirasakan oleh hati
Akulah angin itu
Akulah hati itu

Selamat harijadi sayang ku,
Aku sungguh mencintaimu, dan aku sangat berharap kamu akan selalu ada di setiap langkah dalam kehidupanku, tetaplah bersamaku…
Ketika jarak memisahkan kita, hanya satu yang perlu kamu percayai dariku, akan aku jaga cinta ini hanya untukmu…
Kehadiranmu membawa angin yang tak memberi dingin, syairmu selalu menyejukan, membuatku puas dalam senyuman.
Kamu adalah orang yang pertama aku fikirkan di saat aku membuka mata dan yang terakhir aku impikan sebelum menutup mata.


Jika kau bertanya apakah hadiah harijadimu, akan kuberikan ciuman hangat dipipimu sempena harijadimu. Bahkan akan kulakukan sehingga akhir nyawaku.. Kerana aku mencintaimu..


Selamat Hari Jadi Isteri KuSelamat Hari Jadi Isteri Ku


Selamat Hari Jadi Isteri Ku

Selamat Hari Jadi Isteri Ku







No comments