Selamat Harijadi Hanis Bin Hanif yang ke 14 tahun.


Selamat Harijadi Hanis Bin Hanif yang ke 14 tahun. Dah besar anak dara abah, sekejap sahaja masa berlalu pergi.

Tutup mata..buka mata tahu-tahu anak kau dah besar dan kau main tua...hehehehe.

Tapi untuk seorang ayah, anak mereka tetap anak kecil sehingga bila-bila. Tak kiralah mereka dan besau panjang, dah bekerja atau dah kahwin. Dimata ibu bapa mereka tetap anak kecil mereka.

Kalau anak mereka kata mereka dah dewasa ia tetap anak kecil mereka tanpa peduli apa yang mereka kata..hahahha.

Itulah sebab anak-anak kadang-kadang stress dengan ibu bapa tapi that life...

Berbalik pada harijadi Hanis, lorat merayu dengan mama dia nak patung beruang. Dan mangsa dia ialah bapa dia ler, kena cari anak patung.

Ini semua gara-gara drama Isteri Tuan Ihsan yang lorat kasi girlfriend dia patung beruang dan anak-anak remaja terpengaruh dengan filem cinta-cinta ini.

Dah permintaan birthday girl nak patung maka kita belikan ler..

Akhir kata Selamat Harijadi Hanis Hanif...

posted from Bloggeroid

Share:

0 comments