Bila Ramai Janda Politik Jadi Pemimpin

Dapur Rita Melaka
Kelakau pula aku lihat senario politik Malaysia ini. Samada anda perasan atau tidak, acapkali suami seorang pemimpin itu meninggal atau masuk penjara, mesti bini mereka yang gantikan.

Bila Ahli Parlimen Kuala Kangsar meninggal jatuh heli, isteri beliau jadi calon pilihanraya kecil.

Bila Ketua Menteri Sarawak meninggal, isteri dia pun jadi calon pilihanraya kecil.

Bila suami masuk penjara, isteri jadi Ketua pemimpin Keadilan. Tapi kes ini bukan janda ler, cuma nak adil. Kalau tak tulis, nanti dicop pembangkang lak...hehehehe.

Boleh dikatakan trend ini macam sudah menjadi kemestian kot dalam politik Malaysia.

Impaknya seolah-olah negara ini dah tak der pelapis politik yang berkemampuan. Mahu tak mahu terpaksa pilih janda politik untuk jadi calon.

Alahai kasihannya, mentaliti politik Malaysia amnya BN jika amalkan sikap demikian.

Adakah takut calon pembangkang akan menang jika pilih calon lain. Adakah dengan memilih janda politik, BN akan mendapat undi kasihan dari pengundi.

Tapi initipatinya adakah janda politik ini benar-benar berwibawa sebagai pemimpin. Kita hendakkan pemimpin politik yang boleh membimbing dan menjaga rakyat.

Pemimpin yang baik jika bagus, sudah pasti dipilih oleh rakyat. Done worry....ni pilih janda politik pula.

Ini menandakan parti politik hanya memikirkan survival pari sahaja. Kalau pemimpin tersebut tak bagus pun tak per janji boleh menang. Kalau tak boleh buat kerja pun tak kisah.

Kalau macam ni ler, betapa rendahnya martabat politik Malaysia. Malu kerana pemimpin dipilih bukan krebilitinya tetapi populariti.

Sebab itu ramai ahli politik kini jadi dedak sebab mereka tahu, tak guna kerja kuat-kuat sebab kau bukan boleh dicalon. Yang dicalon ialah calon sembrano jer oleh ahli majlis tertinggi.

Ini yang akan berlaku nanti jika dibiarkan berleluasa. Berhati-hati yek...

Kehilangan pelapis dan lompat parti jika amalkan sikap begini.

Mana boleh tahan, aku dah 20 tahun dalam politik tapi yang tercalon janda boss aku...hehehehe. Mereka akan fedup dan berlaku ler lompat parti kerana parti tersebut lebih tulus.

Tapi inilah tanda-tanda akhir zaman, akan ujud pemimpin yang bukan pemimpin.....emmmm.
Tulis pendek ajer, kang kata kita ni melanggar arus pula....

Hidup Janda Politik!!!!!

Share:

0 comments