Header Ads

Cropping dan Blur Image Teknik

Cropping dan Blur Image Teknik

Cropping dan Blur Image Teknik
Cropping dan blur image teknik.
Melalui gambar pertama (atas) dan kedua (bawah) memperlihatkan perbezaan ketara apabila kita menggunakan semaksimum teknik cropping dan blur tanpa perlu mengedit image tersebut.

Tak salah dikatakan, permulaan sesuatu editing image haruslah bermula dengan cropping. Dimana kita membuang background yang tidak dikehendaki. Kadangkala terdapat background yang kurang menarik dan tak sesuai diletakkan bersama objek.

Cropping juga diguna untuk zooming sesuatu objek itu lebih terserlah. Sebagai contoh gambar diatas, background lantai terlalu luas dan boleh dibuang.

Kemudian dilihat hendak fokus pada wajah kucing ini maka di cropping sekali lagi agar wajah kucing dan matanya terserlah.

Dilihat image masih tak menonjolkan kekuatan wajah si kucing maka teknik blur digunakan di bahagian bawah badan kucing..

Dalam kes ini, saya blurkan image guna viganette image dalam software. Iaitu ia blurkan sebahagian gambar yang kita mahu.

Maka terjadilah gambar ini...

Teknik yang ringkas tapi impak yang kuat. Sebagai fotografer jika kita hendak mula mengedit dan sebelum mengedit tanya apa yang anda mahukan.

Kemudian baru mula mengedit, takut kalau tak ada tujuan gambar tu makin buruk...hehehe.

Maksudnya gambar jadi terlalu sharp atau contras melampau. Itulah kebiasaan kesilapan yang dilakukan.

Dan mulakan ikut step...mula dengan cropping dan kemudian main dengan brightness/ contrast/ sharp. Kemudian baru blur(kalau perlu).

Ini teknik asas, kalau anda dah pandai guna photoshop maka baguslah tapi tetap kena step permulaan seperti diatas juga.

No comments