Dapur Rita Melaka Hidang Nasi Lemak Power Singapura - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Dapur Rita Melaka Hidang Nasi Lemak Power Singapura

Dapur Rita Melaka
Aku sebenarnya tak ketahui sangat tentang kedai makan Dapur Rita ini yang terletak di Duyung Melaka.

Aku sebenarnya tak tahu pun keujudan Dapur Rita ini, member aku ler bungkus Nasi Lemak Power Singapura makan kat kantin kilang.

Aku lihat mak oiiiiii....banyaknya lauk. Dari telur..ke ikan..ke ayam..ke hotdog dan macam-macam lagi.
Semuanya dalam satu bungkusan makanan.

Aku tanya makanan apa ni...member aku kata Nasi Lemak Power Singapura. Harga 10 inggit.

Alamak!! Ia telah membuka selera aku. Lalu aku tanya mana kedai itu terletak. Pada minggu lepas aku dan wife aku pergi cari kedai Dapur Rita tapi dah tutup. Pukul 10pm dah abis!!

Tempoh hari kami pergi awal sikit, nasib menyebelahi kami, warung Dapur Rita dah buka.
Aku pesan Nasi Lemak Power Singapura dan wife aku pesan Nasi Lemak Sotong King.

Peh!!! Senak perut aku makan Nasi Lemak Power Singapura dan wife pun tak bersuara lepas makan Nasi Lemak Sotong King.

Terbaik dan memang sedap. Kalau sesiapa nak pergi aku memang cadangkan. Tak muak makan walau lauknya banyak.

Jom baca kisah pemilik Warung Dapur Rita ini.
Sebelum baca, aku nak katakan warung ini memang macam warung. Kedai tepi jalan dengan kedai kayu yang tak berapa cantik. Itulah warung Dapur Rita.

Bukannya restoran besar dan mewah...hahahaha.
Dapur Rita Melaka

Didorong keinginan mahu memperkenalkan selera orang Singapura kepada rakyat Malaysia, Encik Mohd Abdul Aleem membuka sebuah warung Nasi Lemak Power Singapura di Melaka.

Malah, warung ‘import dari Singapura’ itu juga menyajikan beberapa juadah popular Singapura yang lain, seperti Tulang Merah, Mee Rebus Singapura dan Kacang Pool.

Lebih menarik lagi, BERITAMediacorp diberitahu beliaulah orang pertama yang memperkenalkan ‘Fried Carrot Cake’ halal di Melaka, iaitu hidangan lobak putih yang digoreng bersama telur dan bahan-bahan perasa yang menambahkan kelazatannya. ‘Carrot cake’ sememangnya merupakan antara makanan kegemaran ramai rakyat Singapura.


DARI NAIB PRESIDEN DI SEBUAH SYARIKAT, JADI TAUKE MAKANAN

Encik Aleem, 47 tahun, sebelum ini bekerja sebagai Naib Presiden Pembangunan Perniagaan Serantau, memutuskan untuk berhenti kerja dan berhijrah ke Melaka bersama isteri dan tiga orang anaknya dan membuka perniagaan menjual makanan Singapura.

“Saya bekerja sebagai Naib Presiden Pembangunan Perniagaan Serantau di United Engineers Development. Saya berasa penat kerana sering ke luar negara dan jarang dapat berjumpa dengan keluarga, maka saya memutuskan untuk berhenti kerja.

“Tujuan utama sebenarnya memang hendak berpindah ke Melaka dan menjalani kehidupan yang tenang tanpa tekanan. Tetapi bila sudah berada di Melaka, tercetus pula idea untuk memberi makan kepada orang lain,” kongsi Encik Aleem yang masih memegang pasport Singapura, kepada BERITAMediacorp.


Menurut Encik Aleem, perniagaannya dimulakan pada hujung tahun lalu dengan tujuan membawa selera masakan Singapura ke Melaka. Ini setelah beliau menyedari bahawa ramai rakyat Singapura yang menetap di Melaka merindukan juadah Singapura.

PELANGGAN DATANG SEJAUH PERAK, KEDAH!

Baru tahun ini, Encik Aleem memperkenalkan Nasi Lemak Power Singapura. Beliau memberitahu wartawan, nasi lemaknya itu berbeza daripada nasi lemak yang terdapat di Melaka.

“Di Melaka, kebanyakannya mereka menggunakan telur rebus, sayur kangkong rebus dan ayam berempah. Bagi Nasi Lemak Power Singapura yang saya perkenalkan, kami meletak kepak ayam, ikan selar kuning, telur mata lembu dan ikan bilis serta kacang. Saya juga perkenalkan begedil, sosej san ‘hash brown’,” ujar Encik Aleem.

Dapur Rita Melaka

No comments: