Santai Karaoke

Santai Karaoke

Salah satu kegemaran aku ialah berkaroake tetapi kebanyakkan masa aku berkaraoke ialah bersama rakan-rakan sekampung.

Amat jarang aku berkaraoke dengan kawan-kawan sekerja sebab aku ni pemalu ler..hahahaha. Disebabkan kawan kampung ini kita kenal sejak kecil lagi maka perasaan malu ini memang tak der ler. Kawan sejak kecil katakan...

Karaoke ini sebenarnya release tension jer, masa paling lama aku boleh nyanyi ialah 2 jam sahaja. Lebih dari itu aku dah tak tahu nak nyanyi apa..hehehehehe. Ataupun tekak aku dah perit..

Aku kalau pergi pun berdua jer dengan kawan baik aku ini. Tapi as usual kena belanja ler...itu yang menyampah.

Hanya ini sahaja aktiviti yang wife aku tak minat. Kalau minat memang ke sana nler kami berdua, tak yah orang lain...hahahahaha. Lain-lain aktiviti memang minat kami sama.

Aku sebenarnya tak mahu ajau bini aku berkaraoke juga sebab aku ini merokok dan bila merokok kat dalam bilik tu mahu melekat kat baju. Sah-sah bini aku mengamuk bau rokok, kat rumah pun dia dah membebel...

Mahu tak mahu terpaksa bawa kawan kampung ini yang suaranya jauh ke laut ...
Jom berkaroake...!!!






Share:

0 comments