Selamat Pengantin Baru Mohd Ariifin (Cinta Dua Benua)


Pada 24.2.2017 adalah tanda keramat buat sahabatku Mohd Ariffin yang disatukan bersama gadis pilihannya Eka Liana.

Perkahwinan yang berlangsung di Magelang Jogjakarta sepatutnya dihadiri oleh aku tapi disebabkan ada masalah di Malaysia aku tak pergi. Ruginya...


Istimewanya percintaan ini adalah bermula dengan Percintaan yang berputik ditempat kerja adalah permulaan hati ini ketemu. Selepas Eka Liana balik ke Indonesia, hampir 3 tahun tidak ketemu.

Aku pun terkejut apabila Mohd Ariffin aka Ipin kata nak jenguk Eka di Indonesia pada hujung tahun 2016.

Dari situ pula bermula cerita beliau nak kahwin dengan Eka. Aku pun pelik sebab 3 tahun tak jumpa tiba-tiba nak kahwin. Gilo ker kau ni Ipin.

Bermulalah cerita panjang penyediaan dokumen hinggalah perkahwinan mereka. Benarlah..jodoh ditangan Allah, kalau dah tertulis dia jodoh kau. Dipisahkan dengan masa dan lautan pasti bersatu jua.

Tahniah buat Mohd Ariffin dan Eka Liana. Percintaan dan perkahwinan anda berdua adalah contoh cinta abadi.

Siapa kata cinta jarak jauh tak mampu bertahan. Yang penting hati dan kesetiaan.. aku kini percaya!!!!



Share:

1 comments