Gambar Nora Danish Dan Nedim Bernikah


Selepas lapan tahun bergelar ibu tunggal, aktres Nora Danish akhirnya menamatkan status tersebut dengan melangsungkan pernikahan bersama kekasih hatinya, Nedim Nazri.

Dengan dua kali lafaz, pelakon jelita Nora, 35, selamat bernikah dengan Nedim, 34, pada jam 8.37 malam tadi di Glasshouse at Seputeh, Kuala Lumpur.

Nora dan Nedim dinikahkan oleh Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Khairul Asyraf Ahmad.

Majlis pernikahan Nora dan Nedim diadakan dalam satu majlis tertutup yang dihadiri oleh 200 orang tetamu yang terdiri daripada keluarga dan teman rapat.

Manis memakai busana sedondon berwarna putih, jumlah hantaran serta mas kahwin dirahsiakan.

Menggunakan hashtag #NenoSaysIDo, tetamu yang hadir ke majlis mereka berkongsi gambar serta momen indah di majlis pernikahan Nora dan Nedim di laman sosial.






Share:

0 comments