Header Ads

Gelagat Bila Anak Pergi Kursus Buat Pertama Kali


Hari ini anak aku ada sertai kursus kepimpinan anjuran pihak sekolah beliau untuk semua pengawas sekolah.

Pukul 2.30pm tadi hantau ke SMK Seri Mahkota Merlimau. Dah ada beberapa budak dah sampai, so anak aku salam dan dapat habuan sikit hulur RM10 jerr dan aku pun belah lerrr.

Inilah pertama kali anak aku menyertai kursus yang memerlukan tidur diluar. Pada mulanya ibu dia melarang keras agar tak perlu pergi dengan menggunakan alasan kena bayar RM70...hihihi.

Lepas tu ibu manja dia cuba mendapatkan sokongan aku tapi aku menyokong agar beliau pergi ke kursus tersebut...

Memang marah orang rumah aku tapi bila aku fikirkan sejenak, apa salahnya kalau dia pergi. Biar dia merasa sedikit aktiviti luar rumah. Lagipun cikgu dia ada untuk memantau.

Kursus sebegini juga bagus untuk pelajar agar dapat membuka minda serta sertai aktiviti lasak yang dianjurkan oleh pihak sekolah.

Aku tahu kenapa ibu dia tak kasi pergi sebab risau. Budak zaman sekarang faham ajer ler, kat rumah bukannya rajin nak kemas rumah. Bangun tidur..terus tengok tv. Dapat handphone lupa diri. Mengadap berjam-jam handphone tu...

Takut dia tak boleh uruskan diri dia di sana. Itulah sifat ibu kan.. Bagi seorang ayah kalau boleh mahu dia berdikari. Memang beza ayah dan ibu.

Persiapan memang kecoh, semenjak 3 hari ini macam-macam disediakan. Daripada baju dia hingga ke alat mandian semua meransangkan.

Semalam terpaksa pergi ke Tesco beli alat mandian dan berus gigi dan macam-macam lagi. Padahal satu malam jer dia tidur..huhhuhu.

Siap beli cekeding dan jajan agar malam dia tak boring, boleh makan-makan sama kawan-kawan dia.

Belum cerita nak susun baju kat bag. Aku tadi pergi hantau anak aku, Hanis punya beg paling banyak. Ada 2 beg sandang dan kawan-kawan dia yang lain hanya satu beg sandang.

Aku kata kat Hanis, abah rasa baju yang kau bawa ini terlebih ni. Dia kata apa nak buat, mama dan mak Uda yang packing..hehehehe.

Aku rasa keloratan yang ditunjukkan ini adalah kasih sayang. Aku pun dahulu remaja, rimas dengan keloratan yang ditunjukkan oleh mak sedara atau nenek atau mama dia. Aku tahu...hehehe. Abah memahaminya...

Tapi keloratan inilah yang menunjukkan betapa mereka sayang pada Hanis. Tak semua orang akan miliki keloratan ini. U are very lucky Hanis.

Ya, terlampau over secure terhadap anak pun kurang baik. Tapi ini adalah naluri atau sikap bila kita sayangkan seseorang. Kalau boleh kita mahu letak dia bilik kaca dan tak mahu dia pergi kemana-mana.

Pandangan seorang ayah pula, yang dibesarkan melalui pengalaman kehidupan yang kasar dan survival masa muda dahulu. Lain sedikit tapi kerisauan tetap ada.

Risau melihat anak gadis dia tidur sorang-sorang...main aktiviti lasak takut terluka. But that life, mahu tak mahu Hanis kena didedahkan dengan aktiviti sebegini.

Biarlah Hanis terima keloratan ini daripada semua pihak ambil sikap tak peduli. Mana Hanis mahu?

Kalau ada pihak lain yang membaca artikel akan mengatakan you are very lucky..
Buka mama atau abah yang sangat sayang kau tetapi mak sedara, nenek dan atuk pun amat sayangkan kau.

Jaga diri kerana ramai yang sayangkan anda.

No comments