Header Ads

Jaring Elak Anjing Masuk Rumah Di Pintu Pagar

Jaring Elak Anjing  Masuk Rumah Di Pintu Pagar
Bila tinggal di taman-taman masalah utama yang sering kita hadapi ialah masalah anjing liar.

Di taman aku ni beberapa bulan yang lalu ada masalah anjing liar tapi berjaya ditangkap oleh Majlis Perbandaran.

Tapi kali ini ujud kembali masalah ini. Pening aku lihat masalah ini. Melalui kajian aku, masalah timbul apabila musim mengawan. Penelitian dan pengalaman bersama-sama anjing liar ini sepanjang hidup aku ni, ialah apabila tiba musim mengawan maka banyaklah anjing merayau-rayau kat taman....hehehehe.

Dan kali ini anjing liar yang keceding dan nampak tak cukup makan ni, dah berani lepak kat dalam laman umah aku.

Hawau betui ler!!! Dua kali aku terserempak dalam minggu ini ajer lepak dalam laman umah aku ini.

Mula-mula 2 ekor anjing, punyalah sedap dia tidur kat laman simen umah. Dua hari kemudian, anjing yang sama tapi seekor yang terbaring baik kat laman umah aku.

Walau pun pintu pagar umah aku berkunci namun ia dapat juga selit badan keceding dia orang masuk celah pintu pagar aku.

Kasihan kucing aku, dah beberapa hari aku tak nampak ia lepak kat lama umah aku. Ini semua gara anjing liar ini ler.

Semalam mahu tak mahu terpaksa aku beli jaring besi tutup pagar pintu aku. Satu meter RM6.70 dan aku beli 4 meter dengan cable tide sekali.

Mula-mula ingat nak ikatkan jaring tu dengan dawai, bila difikirkan mahu 3 atau 4 jam anggaran kalau guna dawai, baik aku guna cable tide ajer.

Tapi tu ler, cable tide ini kan plastik, mesti tak tahan lama kalau kena hujan dan panas. Bila ada masa aku akan tukar pakai dawai ler.

Buat masa sekarang aku pakai cable tide ajer....hehehehe.

Masa aku pasang jaring kat pagar rumah aku, aku tak tutup habis semua lubang. Aku biarkan lubang kat bawah pagar pintu sikit, cukup-cukup untuk kucing gemuk aku masuk.

Kalau aku jaring semua, kasihan lak kat kucing gemuk yang gede ini. Pening kepala, nak pikir anjing liar dan kemudian nak pikir kucing lak.
Tekanan kerja pun tak sehebat ini...hahahahaha.

Aku ambil masa hampir 2 jam buat jaring. Akhirnya siap, bullet proof anjing liar dan kucing gemuk pun boleh keluar masuk dengan senang.
Terbaik...

Yang penting jaring pintu pagar aku dah dapat kelulusan untuk digunakan tanpa perlu apa-apa perubahan oleh isteri aku...Legaaaaaa.....
Jaring Elak Anjing  Masuk Rumah Di Pintu Pagar
Jaring Elak Anjing  Masuk Rumah Di Pintu Pagar

No comments