Kaki Wayang : J Revolusi - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Kaki Wayang : J Revolusi

 J Revolusi
Hari ini kaki wayang menonton filem Melayu yang di war-warkan filem aksi tèrbaik.

Dan memang filem ini filem aksi Melayu terbaik selain Polis Evo yang pernah aku tonton.
Kekuatan filem ini adalah para pelakonnya yang membawa watak dengan baik sekali.

Zul Ariffin aku tabik 20 kali kerana menjiwai watak sebagai hero, adik dan anak serta rakan seperjuangan dalam pelbagai persepsi kejiwaan yang mendalam pada penonton.

Azad Jazmin lawaknya memang terbaik sebagai pakar IT unit UTK yang menceriakan suasana panas filem aksi ini.

Aksi stuntman yang ditunjukkan memang mendebarkan dalam filem J Revolusi ini. Farid Kamil dan Zul Ariffin bergaduh memang best.

Aksi pergaduhan memang ala-ala filem aksi barat dan tidak terasa kekok langsung. Memang hidup aksi yang dilakonkan oleh semua pelakon.

Aku paling suka melihat aksi gaduh Zul Ariffin dan Izara Aishah yang memang real. Izara Aishah bab bergaduh memang best, macam ada skil..

Perjalanan cerita filem J Revolusi ini dari mula hingga akhir terbaik. Dari adik Jay yang diculik hingga Jay mencari konco-konconya serta menculik Han Isaac yang membawa watak yang menyakitkan hati nampak kesinambungannya.

Aku tak der komen negatif nak berikan pada filem ini. Semuanya terbaik ler...
Rating yang patut diberikan ialah 5/5. Filem yang setanding filem barat.
Filem wajib tengok oleh semua rakyat Malaysia.

SINOPSIS
Mengisahkan tentang Jay Zulkarnain yang merupakan seorang ketua pegawai Unit Tindakan Khas (UTK). Pasukannya begitu digeruni penjenayah kerana kepakaran mereka berdepan musuh. Konflik bermula apabila adik Jay, Dian (Nur Fazura) yang juga seorang ejen ditangkap oleh pengganas misteri. Dalam misi menyelamat adiknya itu, Jay terperangkap dan dituduh membunuh seorang rakan setugasnya. Tercetuslah pelbagai konflik dan insiden mengejutkan yang menghantui Jay.

PELAKON
Zul Ariffin sebagai Jay Zulkarnain
Iedil Putra sebagai Jiman
Izara Aishah sebagai Eddie
Farid Kamil sebagai Andra
Nur Fazura sebagai Dian
Azad Jazmin sebagai Skodeng

No comments: