Keputusan SPM 2016 Lebih Baik Dari 2015



Tahniah untuk pelajar yang mengambil.keputusan SPM pada hari ini. Yang berjaya pasti tersenyum lebar. Dan paati ada yang gagal..usah menangis.

Jadikan kegagalan itu sebagai penyuntik kejayaan kita pada masa akan datang.

Sejumlah 102 daripada 434,535 calon Sijil Pelajaran Malaysia 2016 (SPM2016) mendapat keputusan semua A+, iaitu bersamaan 1.94 peratus dan juga penurunan 0.66 peratus berbanding tahun 2015.

Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof pada sidang akhbar pengumuman SPM hari ini bagaimanapun berkata, SPM2016 mencatat indeks Gred Purata Nasional (GPN) 5.10, lebih baik berbanding 5.15 pada 2015.
Tambahnya, jurang GPN antara calon bandar dan luar bandar mengecil kepada 0.47 berbanding 0.50 pada 2015.

Sementara itu, sejumlah 8,647 pelajar mendapat keputusan semua A, iaitu sebanyak 2.13 peratus. Angka itu menurun 0.25 peratus berbanding tahun 2015, yang pada ketika itu seramai 9,721 (2.38 peratus) daripada 440,682 pelajar memperoleh semua A.

Dalam analisis yang diumumkan Khair, empat subjek teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam dan Sains menunjukkan peningkatan prestasi, manakala Matematik, Sejarah, Pendidikan Moral mencatatkan penurunan.

Selain itu, seramai 340, 698 (85.21 peratus) calon layak dianugerah sijil selepas lulus matapelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah.

Share:

0 comments