Header Ads

Kong : Skull Island


Hari ini menonton filem terbaru King Kong yang dinamakan Kong : Skull Island.

Aku rasa dah beberapa kali aku melihat filem King Kong ini, filem King Kong yang terbaik ialah filem pertama ia kena tangkap. Akhirnya mati kena tembak...

Jalan cerita King Kong ini semua orang dah tahu, cuma persoalan untuk kami peminat filem ialah apa kelainan filem ini dan paling penting grafik cinema dengan teknologi terkini.

Filem ini berkisar tentang Dr.Randa dengan bantuan askar pengiring berdasarkan latarbelakang tahun 1973.

Telah pergi ke pulau yang baru dijumpai dan mereka dikejutkan dengan kemunculan King Kong. Maka bermulalah pengembaraan mereka yang terselamat.

Dalam filem ini juga memperlihat kepentingan Kong dalam menjaga keamanan Skull Island dari cicak raksasa.

Filem ini rating dari Kaki Wayang ialah 4.8/5. Sebuah filem yang menarik dan boleh ditonton.

Cuma kelainan dalam filem ini ialah Kong tidak ditangkap malah beliau ditolong oleh manusia menentang cicak raksasa yang menyerang Kong.

Sepanjang filem ini pelbagai binatang raksasa yang mereka mesti hadapi dan juga bertemu dengan orang asli Skull Island.

Filem Kong : Skull Island ini memang terbaik dan memang mempunyai kelainan dari segi grafik cinema yang menghidupkan watak Kong.

No comments