Header Ads

Lapangan Terbang Cristiano Ronaldo Dirasmikan


Kapten Portugal, yang juga pemain prolifik Real Madrid, Cristiano Ronaldo hari ini secara rasmi memiliki lapangan terbang antarabangsa yang dinamakan sempena namanya sebagai tanda penghormatan.

Hampir lima ribu peminat membanjiri majlis perasmian pertukaran nama lapangan terbang tempatan itu daripada Madeira kepada Lapangan Terbang Cristiano Ronaldo. Pulau Madeira merupakan tempat kelahiran Ronaldo.

“Untuk melihat lapangan terbang ini menukar kepada nama saya adalah satu perkara yang sangat istimewa. Semua orang tahu, saya berbangga dengan tempat kelahiran saya.


“Saya tidak meminta pertukaran ini, namun saya bukan hipokrit, yang mana saya akui perubahan nama lapangan terbang ini merupakan satu penghormatan besar kepada saya.

“Sudah tentu saya berasa sangat gembira,” kata Ronaldo, 32, yang mengepalai Portugal mengecapi kejayaan di pentas Eropah pada tahun lepas.

Ronaldo diangkat selaku wira Madeira selepas dinilai antara individu yang paling berjaya, menyaksikan dia kini mempunyai patung, muzium dan hotel yang dinamakan sempena namanya di Madeira.


No comments