Header Ads

Penambahan Kawasan Larangan Merokok 2017

Pada tahun 2017 berlaku penambahan kawasan larangan merokok. Parah ler macam ini sebab perokok macam aku ini. Kami seolah-olah dianak tiri dan di himpit oleh penambahan undang-undang ini.

Peraturan baharu itu yang diumumkan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam di bawah Akta Makanan 1983 pada 16 Januari lalu, diwartakan pada 24 Januari.

Antara kawasan yang ditetapkan dibawah peraturan baharu itu adalah:

> Menara tinjau di taman negara dan taman negeri;

> Taman awam - mana-mana kawasan terbuka bagi kegiatan riadah dan rekreasi yang mempunyai landskap, laluan pejalan kaki, padang permainan, gelanggang dan taman permainan kecuali tempat letak kereta awam terbuka;

> Taman negara;

> Taman negeri – kawasan yang diwartakan sebagai taman negeri, tanah rizah atau hutan simpanan kekal dibawah mana-mana undang-undang.

> Tapak perkhemahan – kawasan yang ditetapkan untuk tujuan mendirikan khemah bagi aktiviti perkhemahan termasuk mana-mana bangunan di dalam tapak riadah itu dan;

> Jambatan kanopi -  laluan pejalan kaki yang menghubungkan pokok termasuk tempat rehat.

Bendahari Agung Majlis Kawalan Tembakau Malaysia (MCTC) Muham­mad Sha’ani menyambut baik pindaan tersebut dengan berkata kebanyakan perokok berpendapat adalah menjadi hak mereka untuk merokok di taman negara kerana ia adalah kawasan terbuka.

"Adalah lebih baik untuk mengisytiharkan semua kawasan awam sebagai zon larangan merokok dan kemudian menyenaraikan kawasan yang dikecualikan.

"Namun jumlah besar rakyat di negara ini ketagih dengan tabiat merokok dan melakukan perkara itu tidak akan menjadi satu langkah popular untuk ahli politik," kata Muhammad.

Ditanya siapa yang akan menguatkuasakan peraturan baharu itu sebagai contoh terhadap golongan muda yang merokok di sebuah taman permainan, beliau berkata ia menjadi tanggungjawab pihak berkuasa tempatan kerana ia merupakan taman awam.

Beliau berkata ia terpulang kepada pihak berkuasa tempatan untuk memainkan peranan mereka dalam meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan awam.

Jelas Muhammad lagi, peraturan baharu itu hanya digunapakai di taman awam dan taman negeri di semenanjung malaysia.

Ini adalah penambahan 21 kawasan larangan merokok sedia ada seperti dibawah:

di dalam pusat hiburan atau teater, kecuali pub, disko, kelab malam atau kasino, pada bila-bila masa apabila tempat itu dibuka kepada orang awam
di mana-mana kawasan hospital atau klinik
di dalam lif atau tandas awam
di dalam tempat makan atau kedai berhawa dingin
di dalam kenderaan awam atau hentian pengangkutan awam
di dalam mana-mana bangunan yang dinyatakan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta di bawah peraturan 22
di dalam mana-mana lapangan terbang
di dalam mana-mana premis kerajaan
di mana-mana kawasan yang digunakan bagi apa-apa aktiviti perhimpunan di dalam sesuatu bangunan selain bangunan kediaman atau persendirian
di mana-mana kawasan di dalam suatu institusi pendidikan atau institusi pendidikan tinggi
di mana-mana kawasan di dalam suatu taman asuhan kanak-kanak
di dalam mana-mana bas sekolah
di mana-mana tingkat yang mempunyai kaunter perkhidmatan di dalam bangunan bank atau institusi kewangan, Telekom Malaysia Bhd., Tenaga Nasional Bhd. dan Pos Malaysia Bhd.
di dalam mana-mana kawasan di dalam kompleks membeli-belah
di mana-mana kawasan di dalam suatu stesyen minyak
di mana-mana kawasan di dalam suatu stadium, kompleks sukan, pusat kecergasan atau gimnasium
di dalam mana-mana bangunan atau tempat awam yang digunakan untuk tujuan keagamaan
di mana-mana kawasan di dalam suatu perpustakaan
di mana-mana kawasan di dalam kafe internet
di mana-mana kawasan di dalam suatu tempat latihan khidmat negara
di dalam mana-mana tempat kerja berhawa dingin dengan suatu sistem hawa dingin berpusat


No comments