Tan Sri Jins Shamsuddin, 81, meninggal dunia

Tan Sri Jins Shamsuddin
HULU KLANG: Seniman legenda, Tan Sri Jins Shamsuddin, 81, meninggal dunia di sebuah klinik di Taman Melawati, di sini, dipercayai akibat sesak nafas selepas tercekik kuih di kediamannya, petang tadi.

Anak kedua Jins, Putera Hang Jebat, mengesahkan bapanya meninggal dunia setibanya di klinik, kira-kira jam 5.45 petang. "Ayah minum petang dan ketika hendak makan cekodok, ayah tercekik. Melihat keadaan ayah, Mak segera membawa ayah ke klinik berdekatan.

"Bagaimanapun, ayah disahkan meninggal dunia setibanya di klinik,," katanya kepada BH Online. Hang Jebat berkata, dia dan adiknya, Hang Nadim masih terkejut dengan apa yang berlaku ke atas Allahyarham.

TAN Sri Jins Shamsuddin ketika berlakon watak Jefri Zain dalam filem Jurang Bahaya.

INFO Tan Sri Jins Shamsuddin
* Dilahirkan di Taiping, Perak pada 5 November 1935

* Berlakon lebih 40 filem antaranya Sarjan Hassan, Gerak Kilat, Si Tanggang, Bukan Salah Ibu Mengandung dan Sumpah Wanita.

* Filem arahannya, Menanti Hari Esok, Bukit Kepong, Ali Setan, Esok Masih Ada dan Balada.
* Melanjutkan pengajian dalam bidang perfileman di London Film School dari 1970 hingga 1972 dan dianugerahkan Diploma dalam Teknologi Filem (Motion Picture Technology) dengan Kepujian Kelas Pertama.

* Dilantik sebagai Ahli Dewan Negara selama dua penggal bermula 13 Oktober 2004 hingga 11 Februari 2011

* Perkahwinannya yang pertama bersama seniwati Allahyarham Rahmah Rahmat di Singapura pada 6 Februari 1961 dikurniakan dengan seorang putera bernama Jefri yang kini menetap di Singapura. namun mereka bercerai pada 1963.

* Sedekad selepas itu, Jins berkahwin kali kedua dengan Puan Sri Halijah Abdullah, beliau dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putera Hang Jebat dan Putera Hang Nadim

* Pada 2011, Jins disahkan menghidap penyakit Alzheimer yang menyebabkan beliau hilang ingatan dan tidak boleh bercakap.

Anugerah dan pencapaian.

*Anugerah Seniman Negara pada tahun 2009.
* Anugerah Seniman Veteran bagi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) edisi ke-18 pada tahun 2004 di Arena of Stars, Genting Highlands.
* Pesta Filem Asia ke-26 di Bali, Indonesia (1980): filem "Esok Masih Ada" lakonan dan arahannya telah memenangi Anugerah Mitra bagi Tema Terbaik yang menganjurkan perpaduan kaum.
* Tujuh anugerah dalam Pesta Filem Malaysia Ketiga untuk filem peperangan, "Bukit Kepong" (1981), sebuah filem tulisan, lakonan dan arahannya;
* "Silver Crane Award" dalam Pesta Filem Asia Pasifik (1987);
* Jemaah juri sebanyak lima kali bagi siri "Pesta Filem Asia Pasifik";
* Penghormatan dan kepercayaan untuk mengarah teater bernilai RM2 juta untuk filem yang berjudul "Merdeka! Merdeka! Merdeka!" di Istana Budaya, bersempena sambutan kemerdekaan 2002. Pementasan teater tersebut berlangsung selama lima jam selama lebih dari dua minggu;
* Pingat Darjah Datuk Paduka Mahkota Perak (DPMP) yang membawa gelaran 'Datuk' oleh Paduka Seri Sultan Perak (1990);
* Kesatria Mangku Negara (KMN) daripada Yang di-Pertuan Agong (1990);
* Ijazah Kehormat Sarjana Persuratan oleh Universiti Sains Malaysia (1999).
* Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) membawa gelaran Tan Sri (2007) Filem arahan Jins Shamsuddin Pada 1969, filem pertama arahannya "Bukan Salah Ibu Mengandong" telah menjulang namanya sebagai penulis lakonlayar, pelakon dan pengarah, malah telah mengangkat kewibawaan Studio Merdeka.

Melangkah ke akhir '70-an hingga awal '90-an 1970: Di Belakang Tabir
1977: Menanti Hari Esok 1979: Esok Masih Ada 1979: Tiada Esok Bagimu 1981: Bukit Kepong 1982: Esok Untuk Siapa (Pendigitalan semula) 1985: Ali Setan
1993: Balada

Tan Sri Jins Shamsuddin

Share:

0 comments