24 April cuti umum tambahan di seluruh negara sempena Hari Pertabalan Yang di-Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V.


Kerajaan mengisytiharkan 24 April ini sebagai hari cuti umum tambahan di seluruh negara sempena Hari Pertabalan Yang di-Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa dalam kenyataan hari ini berkata, 2 acara utama akan diadakan di Istana Negara pada hari itu, iaitu Istiadat Pertabalan di Balairung Seri, pada sebelah pagi dan Majlis Santapan Diraja di Dewan Santapan, pada sebelah malam.

Tambahan, katanya, 2 acara lain turut akan diadakan, iaitu Majlis Bacaan Yasin, Doa Selamat dan Solat Hajat di Masjid Putra, Putrajaya pada 20 April ini dan Pameran Raja Kita di Muzium Diraja pada 2 Mei nanti.

Ali berkata, pengisytiharan itu dibuat berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 bagi Semenanjung Malaysia dan Labuan, serta kerajaan negeri akan mengambil tindakan mengikut undang-undang negeri mereka.

Share:

0 comments