GUARDIAN OF THE GALAXY VOL.2 - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

GUARDIAN OF THE GALAXY VOL.2


Kali ini kaki wayang menonton filem terbaru dalam pasaran iaitu GUARDIAN OF THE GALAXY VOL.2. Dalam filem kedua ini persahabtan mereka memang telah terjalin kuat melalui peristiwa yang mereka lalui di filem pertama yang lalu.

Rating filem aku berikan ialah 4.9/5. Memmag filem ini terbaik dan wajar diberikan rating ini.
Permulaan filem ini amat penting di tonton kerana ia bermula apabila kumpulan ini diupah oleh pihak Sovereign untuk melawan raksasa yang mahu makan bateri planet mereka. Setelah mereka berjaya menentang raksasa tersebut, upahnya ialah adik Gamora iaitu Nebula. Untuk perkara ini anda harus menonton filrm pertama untuk fahami permusuhan mereka. Permulaan filem ini juga amat kelakar melihat Baby Groot menari dan paling kelakau semasa ia diarahkan mencuri untuk Yandu, semua silap…memang kelakar !!!

Dalam filem ini Star Lord atau Peter iaitu hero atau kapten GUARDIAN OF THE GALAXY telah berjumpa dengan ayahnya iaitu Ego. Ego ini merupakan makhluk yang menyerupai manusia dan percintaan Ego dengan ibunya maka lahirlah Peter atau Star Lord.

Dalam filem ini , ia mengisahkan bagaimana cerita sebenar Peter di culik oleh Yandu dan beliau tidak di hantar kepada ayahnya atas sebab tertentu. Apakah sebabnya?
Kena tengok filem ini ler.

Dalam filem ini kita dapat melihat erti persahabatan dimana Rocket terpaksa meninggalkan Star Lord di bawah letupan planet. Dari kehilangan 2 sahabat beliau sanggup kehilangan satu sahabat. Memang sedih ini beb.
Dalam filem ini kita melihat persaudaraan darah walau jahat mana pun kita saudara tetap saudara iaitu antara Nebula dan Gamora. Dahsyat juga melihat mereka berdua bergaduh.
Drax pula memang kelakar dengan sifat terus terang beliau yang menyakitkan hati.

Dalam filem ini ahli GUARDIAN OF THE GALAXY telah bertambah kepada 2 orang iaitu Mantis dan pengganti Yandu.
Lupa hendak beritahu Yandu mati dalam filem ini, satu lagi adegan yang sedih.

Tak nak beritahu segala jalan cerita ini tapi filem ini padat dengan adegan komedi dan kasih sayang. Terbaik!!

Mesti menyampah dengan aku kan..cerita sikit- sikit..hahaha

No comments: