Kronologi Penuh Pelajar Tahfiz Disebat Warden Di Kaki Hingga Meninggal Dunia - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Kronologi Penuh Pelajar Tahfiz Disebat Warden Di Kaki Hingga Meninggal Dunia

Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi
Pelajar tahfiz Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, yang terlantar di hospital dan kehilangan 2 kakinya, meninggal dunia pada jam 2.06 petang tadi.

Ibu saudaranya, Dzuraidah Ahmad, mengesahkan perkara itu kepada FMT.
Thaqif, 11, dimasukkan di wad rawatan rapi di Hospital Sultan Ismail sejak Rabu lepas, selepas dilaporkan dipukul dengan paip getah oleh seorang pembantu warden asrama di Madrasah Tahfiz Al-Jauhar (MTAJ) di Kampung Lukut, Kota Tinggi, Johor.

Dia dijadualkan menjalani pembedahan untuk memotong tangan kanannya hari ini.
Bagaimanapun, doktor menangguhkan prosedur itu pagi tadi berikutan keadaan jantung Thaqif yang tidak stabil.

Sebelum ini, kedua-dua belah kaki Thaqif dipotong selepas mengalami pembekuan darah, dipercayai kesan daripada kecederaan dialami ketika dipukul.

Pembantu warden yang terbabit mencederakan Thaqif, yang kini direman polis, didapati mempunyai rekod lampau jenayah.

Dalam pada itu, bapa Thaqif, Mohd Gaddafi Mat Karim dipetik Bernama sebagai berkata, anaknya meninggal dunia ketika mereka sekeluarga membacakan surah Yasin kepadanya.
“Saya berharap semua pihak mendoakan yang terbaik untuk anak saya, mendoakannya menjadi anak yang soleh,” kata bekas pemain bola sepak Selangor itu.

Katanya, keluarganya reda dengan pemergian Thaqif dan jenazahnya akan dikebumikan di tanah perkuburan di Felda Bukit Aping Timur, Kota Tinggi, selepas selesai dibedah siasat.
Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang prihatin dan tidak putus-putus berdoa untuk anak ke-3 daripada 5 beradik itu.

Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi
KRONOLOGI KAKI DIPOTONG  KERANA DISEBAT WARDEN

Dalam kejadian 28 Mac lalu, mangsa, Mohd Thaqif Amin, dan beberapa pelajar madrasah yang lain disebat menggunakan getah paip di tapak kaki, oleh pembantu warden.

Empat hari kemudian, 31 Mac 2017, ibu mangsa, Dayang Thaqifah, datang untuk membawa anaknya pulang, sekali gus berhenti dari madrasah itu selepas mangsa mengadu dia disebat menggunakan getah paip di tapak kaki.

19 April 2017, Thaqif dilaporkan berada dalam keadaan kritikal di Hospital Sultan Ismail. Menurut Dayang Thaqifah, di hari kedua anaknya berada di hospital, keadaan anaknya tidak stabil, buah pinggang tidak dapat berfungsi dengan baik dan proses pembekuan darahnya agak lambat.

"Mungkin disebabkan kuman dari kakinya. Di hari ketiga, keadaan Thaqif semakin merosot. Otot-otot kakinya sudah mati dan pagi ini (semalam) doktor memutuskan untuk memotong kedua-dua belah kakinya.

That the best way for this time. Satu cara untuk elakkan dialisis buah pinggangnya," tulisnya di Facebook. Menurut sepupu ibu mangsa, anak saudaranya itu telah selesai menjalani pembedahan memotong kakinya.

Selepas dua minggu kemudian, kaki mangsa menjadi lebam dan disahkan oleh pihak hospital ada darah beku di bahagian kaki, malah terkena jangkitan yang melarat sehingga ke buah pinggang.


Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi
KAKI DIPOTONG KERANA DISEBAT WARDEN

 Seorang lagi ibu saudara mangsa, Bella, turut berkongsi kenyataan dari pengetua madrasah berkenaan:

Pengetua madrasah. Mohammad Afdhaluddin Ismail, mengesahkan pembantu warden berkenaan telah digantung tugas serta-merta susulan kejadian itu dan akan memberi kerjasama pada pihak polis untuk melakukan siasatan.

 Beliau meminta orang ramai memberi ruang untuk pihaknya menjalankan siasatan dan tidak membusukkan madrasah secara keseluruhannya.

 Dalam perkembangan terkini, Dayang Thaqifah memaklumkan kedua-dua kaki anaknya telahpun dipotong semalam dan kini tangan kanan anaknya sudah mula bengkak dan kehitaman. "Awal pagi tadi doktor minta kebenaran untuk belah tangan Thaqif bagi kurangkan tekanan. Kuman merebak sangat cepat. Saya redha dengan apa jua ketentuan Allah," tulisnya 56 minit sebentar tadi.

 Semoga mangsa dan keluarga diberi kekuatan menghadapi dugaan yang besar ini dan dipermudahkan segala urusan mereka.

Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi
LUAHAN DERITA MANGSA DI DIARI

Ibu saudara kepada pelajar tahfiz yang didera di sini mendedahkan Mohamad Thaqif Amin Mohd Gadaffi sudah menderita sejak bulan lalu.

Dzuraidah Ahmad berkata anak saudaranya itu dipukul tanpa sebab dan segalannya dicatat dalam diari pelajar malang itu.

“Anak saudara saya beritahu kadang-kadang dia dan rakan-rakannya secara sukarela menawarkan diri menjadi orang pertama dipukul.

“Kerana mereka mahu tidur awal disebabkan terpaksa bangun pada pukul 3 pagi untuk solat.

“Dia menulis dipukul tanpa sebab dan sudah tidak mampu bertahan dengan apa yang berlaku.

“Dia mahu berpindah ke sekolah lain,” katanya seperti dilaporkan mStar.

Kelmarin doktor yang merawat Thaqif Amin di Hospital Sultan Ismail di sini mengesan darah beku di lengan kirinya.

Kisah Thaqif Amin yang dimasukkan ke hospital Rabu lepas, menjadi tular di media sosial.

Murid berusia 11 tahun itu mengalami kesakitan pada bahagian kaki sejak dua minggu lalu dipercayai akibat dipukul oleh pembantu warden.

Kedua-dua kakinya itu kemudian terpaksa dipotong bagi mengelak jangkitan kuman merebak.

Kelmarin, pembantu warden tersebut direman empat hari sehingga esok bagi membantu siasatan.

Dzuraidah, 38, berkata menerusi diari berkenaan, Thaqif Amin menulis punggungnya pernah dipukul selepas mencuci beberapa biji cawan arahan pembantu warden.

“Ya Allah, bukakanlah pintu hati ibu bapaku untuk membenarkanku berpindah ke sekolah lain kerana aku sudah tidak tahan lagi.

“Tolonglah Ya Allah, semoga permintaanku ini dimakbulkan,” tulis Thaqif Amin dalam diari itu.

Teori Lain Tentang Kematian Tahfiz Disebat Warden

No comments: