Header Ads

Nombor telefon 18888888888 dijual RM106 juta

Nombor telefon 18888888888 dijual RM106 juta
Sebuah nombor telefon dinobatkan sebagai 'nombor telefon paling mahal di dunia' selepas dijual dengan harga 120 juta yuan (RM106 juta).

Laporan News China mengatakan harga tersebut tidak termasuk telefon, waktu panggilan atau jumlah data.

Nombor telefon tersebut didaftarkan dibawah sebuah syarikat berpengkalan di Shantou dan maklumat pembelinya dirahsiakan.

Hasil jualan nombor telefon tersebut didakwa akan diberikan kepada badan kebajikan.


Nombor telefon yang 'cantik' sentiasa mencapai harga sehinggi beratus ribu ringgit di China.

Nombor lapan pula berbunyi seperti 'berjaya' (prosper) dalam bahasa Mandarin dan dianggap memberi tuah.

No comments