Teknik Ambil Gambar Burung Merpati Berjalan Lenggok - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Teknik Ambil Gambar Burung Merpati Berjalan Lenggok


Hendak menerangkan teknik mengambil burung berjalan ni..
Sebenarnya tiada teknik spesial pun, cukuplah dengan aturan ISO, Aperture atau Shutter Speed yang simple. Janji terang dan fokus pada minah kat depan tu..

Masalahnya..
Bagaimana mengambil timing yang baik. Untuk mengambil gambar ini, aku terpaksa meniarap sambil memegang kamera pada jangka masa yang agak lama hingga burung merpati ini turun ke lantai sambil berjalan.

Terpaksa umpan dengam makanan yang ditabur di jalan dengan harapan ada merpati yang akan turun menuju ke makanan dan matanya memandang kamera.

Tapi hasilnya aku amat puas hati.

Pengajarannya,
Jangan baring tengah jalan tanpa ada alas..berbirat siku kau..hahahahaha.

Pengajarannya, dalam bidang fotografi ini aku percaya pada istilah " the moment" iaitu pada satu ketika objek yang hendak diambil gambar betul-betul ada depan mata dengan aksi yang luarbiasa. Inilah moment yang selalu ditunggu oleh fotographer.

Tapi kalau dapat memang cukup puas.

Pengajaran aku belajar ialah betapa hebat teknik fotografi kau tapi akhirmya yang penting angle gambar kau. Ia mesti sesuatu yang unik.
Tak kira kau ambil gambar bangunan, orang atau binatang jika angle kau cantik, memang maveles ler gambar kau.

Pengajaran lagi....
Sebagai fotografer kita tak boleh statik, adakala kena baring, memanjat dan paling teruk kadang-kadang kena guna tangga ler atau panjat bukit semata-mata nak dapatkan angle yang baik. Paling aku benci kena tunggu dengan kamera dengan jangkamasa yang lama untuk ambil sesuatu moment tu. Macam gambar kat atas ni ler..

Sekarang ni nak terbaring tak larat, perut dah besau.
Selamat mencuba dan ingat selalu. Bidang fotografi ni berkenaan pandai adjust setting atau pakai pelbagai filter atau lens tetapi juga angle dan kesabaran..

No comments: