Teknik ambil gambar model untuk beginner - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Teknik ambil gambar model untuk beginner


Hai kawan-kawan salam semua. Hari ini nak kongsi tutorial ambil gambar model lak.

Aku tak berapa pakar atau minat ambil gambar manusia ini. Sebab utama bukan tak suka, tanya mana-mana fotograper lelaki yang tak suka amik gambar model wanita cun.. semua suka...hehehehe.

Aku pun suka cuma wife aku tak suka. Dulu selalu outing ambil gambar model ini.. Tengah sedap mengetik gambar semua kau nak cuba kan.

Pada pendapat aku kalau kau suka ambil gambar model, baik jangan suruh anak atau adik kau posing sebab mereka bukan dalam bidang modelling..Kaku depan kamera. Asik-asik gambar tangan buat peace.

Untuk timba pengalaman, cari rakan-rakan fotografi dan kongsi duit bayar upah modelling untuk 1 atau 3 jam. Dulu dalam anggaran RM200 tapi sekarang ini aku tak tahu ler.
Beli sekali prop seperti bunga dan sebagainya..

Kalau 20 orang keluar RM20 inggit cukup tu. Mereka semua profesional dan bijak berbicara depan kamera. Senang kerja kau.. Kau cuma arahkan model tu dan cari angle yang baik.

Jom jangan membebel lagi. Bagaimana nak ambil gambar manusia.

Kata cikgu aku, kita mesti memahami 3 frame utama kalau nak ambil gambar manusia atau model ini.

Frame penuh iaitu gambar penuh model tu. Macam gambar contoh yang aku berikan. Dari kaki ke kepala semua nampak.

Frame setengah iaitu dari pinggang ke kepala. Kaki tak nampak.

Frame tiga suku..hehehehe. Aku namakan ajer ler. Iaitu dari leher ke kepala.

Itu teknik pertama yang perlu anda focus kalau nak ambil gambar model. Apa frame kau nak pakai atau kau nak pakai semua frame tersebut. Terpulang.

Manakala teknik fotografi kalau ambil gambar model lak ialah aperature. Biasanya kita akan pakai aperture paling tinggi atau f paling rendah.
Kalau yang ada duit, boleh dapatkan f1.8 dengan prime len 80mm. Itu lens terbaik ambil gambar model.

Kenapa perlu aperature tinggi atau f rendah, sebab kita nak dapatkan depth field yang terbaik atau bahasa mudah, kita nak blurkan latar belakang dan fokus pada model. Gambar yang diambil pun lebih tajam dan cantik.

Tapi tak mengapa kalau guna lensa biasa. Lensa yang aku berikan itu kalau anda benar-benar berminat menjadi model fotografer.

Gambar kat atas tu aku guna lensa 18-55mm jer dengan f3.6. Cukuplah tu.

Ok..frame dah faham dan aperture pun dah faham.

Fokus pula macam biasa, kena fokus pada mata setiap kali ambil gambar. Itu syaratnya kalau ambil gambar manusia atau binatang. Shutter speed dan ISO bergantung pada kau ler.

Akhir sekali, kau perlu memahami sedikit editing. Bagaimana nak buang red eye atau blur belakang sikit.

Ini masalah kalau ambil gambar model, kau kena edit juga. Sekarang ini banyak aplikasi warna tone untuk wajah atau aplikasi potrait. Pakai tu ajer. Free jer kalau download.

Memang leceh ambil gambar manusia ini sebab mereka mahukan yang terbaik dan boleh kritik gambar kau.

Lain kalau kau amik gambar binatang atau landskap...tak yah nak edit mengedit atau guna lensa yang sesuai. Tembak jer sebab tak der orang nak kritik.

Kena fokus dan berhati- hati bila amik gambar manusia ni terutama kalau anda mahu jadi fotographer majlis perkahwinan. Follow standard prosedur dengan angle yang baik serta posing yang baik. Itu semua kita kena fikirkan untuk mereka.

Baru meletup gambar kau...

No comments: