Ayah Didik Anak Dengan Memukul. Wajarkah?


Banyak teori yang sering dibahaskan tentang cara mendidik anak. Apatah lagi dizaman moden ini pelbagai ajaran dipupuk untuk mendidik ibu bapa bagaimana mendidik anak-anak.

Aku hanya percaya hanya satu iaitu didik semasa rebung bukan setelah jadi buluh. Maksudnya dari kecil kita didik anak kita, bukannya dah besar baru kau nak didik. Terlambat.

Bagaimana kaedahnya itu aku tak peduli. Lihat pada situasi samada kes yang dilakukan besar atau tidak.

Kalau kecil, biarlah mama dia yang uruskan. Abah dia hanya berfungsi menjeling sahaja. Cukuplah.

Tetapi kalau kes besar seperti mencuri dan bergaduh. Aku percaya kita kena marah dan pukul anak kita. Bukannya pukul hingga patah atau lebam satu badan tapi pukul ler..Aku tiada ayat yang sesuai nak cakap tentang kaedah pukul ini, terlalu subjektif.

Bergantung pada baran ayah masing-masing kot..hahahahaa. Tapi jangam sampai mati budak ti dah ler....ahaks.

Mungkin orang yang melihat apabila kita memukul anak kita. Kitalah manusia yang paling jahat. Orang akan kata zaman sekarang tidak sesuai dengan kaedah ini.

Dan bagaimana dengam pandangan anak yang dipukul itu. Sudah pasti ia trauma melihat kelakuan yang agak ganas diserta jeritan. Dalam hati mereka tentu sudah ujud ketakutan. Sudah tentu ayah mereka akan dicopkan sebagai ayah yang garang.

Sebagaimana masa aku kecil dulu, orang yang paling aku takut ialah ayah aku. Kalau dia mengamuk sudah tentu lebam-lebam badan aku dibuatnya, belum lagi mendengar jeritan ayah aku lagi.

Benci!! Sudah tentu. Tapi bila kau dewasa dan ada anak. Barulah kau tahu, ayah kau sebenarnya mahu mendidik kau menjadi manusia. Garang dan jeritan itu sebenarnya banyak mendidik aku.

Dan kini tanggungjawab yang ayah aku lakukan sudah bertukar tangan kepada aku. Ya..aku memang memukul anak aku tapi berdasarkan kes yang dilakukan.

Barulah aku tahu, apabila seorang ayah memukul anaknya sebenarnya ia menyesal lakukan perkara itu. Tapi terpaksa dilakukan.

Atas banyak sebab mereka iaitu ayah terpaksa buat. Pertama ialah anak mereka melakukan perbuatan salah yang sama walau pun telah di ingatkan berulang kali atau bahasa moden ialah motivasi. Kedua jika ia terlalu kurang ajar pada ibubapa. Itu adalah pegangan aku jika mahu memukul anak aku.

Bukan senang yek..nak mulakan langkah pertama memukul anak kau. Berat rasanya nak pukul anak kau samada gunakan rotan atau apa jua ler. Tapi langkah pertama itulah yang akan mendidik anak kau.

Melihat mereka nangis kena pukul dengan kau, iaitu darah daging kau. Tetapi kau cari masalah kau tanggung ler. Kalau kau tak pukul, rasanya anak kau akan berubah ker. Takkan punya.

Nasihat dan marah pun kau dah beritahu tapi dia buat juga. Itu tanda dia degil. Pukul mereka adalah solusi terakhir.

Aku tahu ramai yang tak setuju, tapi inilah pendapat aku. Zaman berubah atau tidak, kaedah meyebat atau memukul anak tetap harus dilakukan.

Aku nak tanya, kau dah nasihat dan marah tapi dia buat juga. Apa yang anda akan buat?

Itulah ayah....penyelesaian terakhir jika lain-lain penyelesaian gagal..hehehehe. We are the solution maker...muhahahaha.

Share:

0 comments