Blog Pasif Menghasilkan Pendapatan

Blog Pasif Menghasilkan Pendapatan
Aku pernah mengeluarkan artikel dan pernah membaca bagaimana menjana pendapatan dengan menghasilkan blog-blog pasif. Kalau timbul maka untunglah, kalau tenggelam maka anda tak rugi apa-apa..hehehehe.

Pernah ada seorang blogger itu yang telah lama meninggalkan blog yang dia buat selama 3 tahun. Tapi beliau terkejut hampir setiap bulan akaun Google Adsense beliau di masukkan wang sebanyak USD 300 setiap bulan!!

Inilah yang dikatakan rezeki dan rezeki itu datangnya dari Alllah. Kalau Dia nak berikan mudah sahaja tapi kita kena berusaha dengan teknik yang betul, seperti blogger yang aku sebutkan ini.

Dan semalam salah sebuah blog pasif aku telah menjana pendapatan setelah bertahun dilupakan. Syukur alhamdulillah walaupun kecil tapi ia adalah penjana utama aku untuk Google  Adsense semalam


Yang aku marah ialah aku kini fokus kepada 2 blog yang yakin boleh menjamin pendapatan iaitu blog utama aku ini Hanif Idrus dan blog motivasi.

Blog Hanif Idrus aku gunakan pengiklan Bidvester manakala blog motivasi aku gunakan Google Adsense. Walau pun menjana pendapatan tetapi perlahan sangat.

Tetapi blog pasif pula yang menjana pendapatan..huhuhuhuhu, Kalau anda berada di aku marah tak, mestilah marah sebab kita berusaha keras untuk naikkan blog ini.. Tapi seperti aku katakan, rezeki ini hakmilik Allah. Ia menentukan segalanya.

Yang penting kita berdoa dan usaha..amin.

Nak angan-angan sikit boleh tak? Kalaulah 10 blig pasif aku ini meletup mahu nangis aku. Bayangkan setiap blog satu hari hasilkan USD 2.00 dan sebulan aku dapat USD 60 x 10 blog. Pehh USD 600 x RM4.50. Kira sendiri ler..

Menulis dan bercerita tentang kehebatan berblogging ini menghasilkan pendapatan lumayan memang seronok tetapi aku yang dah 7 tahun bergelumang dengan dunia blog hampir putus asa tak mencapai target pendapatan yang aku mahukan.

Adakalahnya kecewa dan sering bertanya kenapa ler aku tak dapat maintain pendapatan bulanan dengan dunia blog ini. Adakah tujuh tahun dengan pageview sehari 2K ++ aku masih lagi tak berjaya.

Inilah realiti sebagai seorang blogger, yang anda baca semua yang best-best sahaja.Tapi yang membuat aku kekal dengan dunia blog ini kerana aku minat. Sehari aku tak menulis macam nak tercabut minda aku ini. Serius!!

Nasib baik minat masih ada so tak ler kecewa sangat..hehehehe.

Jika anda berminat menjadi seorang blogger dan ingin menjana pendapatan saya alu-alukan tetapi bukan jangkamasa pendek anda akan meraih pendapatan yer..

Tags:

Share:

0 comments