Flakka Dadah Zombie Yang Menular - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Flakka Dadah Zombie Yang Menular


Baru-baru ini sejenis dadah baru telah mendapat perhatian di Amerika Syarikat apabila pengguna dadah tersebut telah bertindak di luar jangkaan dengan melakukan keganasan dan huru hara di kalangan kehidupan masyarakat setempat di sana.

Dadah tersebut dikenali sebagai Flakka atau 'sabun garam' (bath salt) yang boleh mengubah seseorang yang mengambil dadah tersebut kepada 'zombie'.

Dengar seperti tidak logik kerana zombie hanya rekaan dan berlaku di dalam filem-filem yang telah ditayangkan seperti filem terbaru iaitu Train To Busan.

Tetapi untuk kenyataan sebenar yang telah berlaku, 'zombie' ini telah wujud sejak tahun 2015 lagi. Flakka telah mula merebak di beberapa negara besar dan telah mencetuskan huru-hara sehingga membawa kematian.

Dadah ini telah mendapat perhatian dunia apabila beberapa video telah menjadi viral di media sosial yang menunjukkan penagihnya memberi tindakan agresif pada luar jangkaan.

Sifat yang ditunjukkan oleh penagih, akan meronta-ronta, menjerit dan mencederakan diri sendiri atau orang yang berhampiran dengannya akibat kesan daripada dadah tersebut.

Dadah Flakka ini merupakan dadah sintetik yang pada mulanya digunakan di rokok E-elektronik (vape) yang mudah larut dengan sedikit bahan bakar.

Ia juga dipanggil sebagai pharmaceutical yang direka sebagai dadah Pyrroldinopentiophenone dan selain itu juga ia dipanggil sebagai PVP atau alpha-PVP.

Dadah ini sangat merbahaya kerana ia kelihatan seperti garam putih yang memberi kesan sama seperti dadah kokain dan methamphetamine tetapi lebih kuat daripada kedua-duanya. Tidak mustahil ia menjadi popular di kalangan remaja sekarang ini terutama di Amerika Syarikat kerana dadah Flakka ini sudah cukup kuat lebih 10 kali ganda daripada yang lain.

Selain daripada itu, pengguna dadah ini juga akan mengalami suhu badan yang meningkat sehingga 105 darjah celsius dan mengalami paranonia yang teruk ketika mengambilnya.

Bagi remaja diluar sana terutama di Malaysia, semoga dengan info ini dapat memberi manfaat kepada kamu semua agar tidak terjebak untuk mengambil dadah seperti ini. Jika kamu bukan pengguna, sebarkan info ini agar orang yang kamu sayangi tidak mudah terjebak dengan dadah ini.

Ingat, dadah ini boleh membuatkan seseorang itu menjadi ganas sehingga boleh membawa kematian. Jadilah remaja yang bijak dan bersih daripada segala kekotoran terutama dadah. Katakan taknak kepada dadah! #IniBaruRemaja

No comments: