Galaxay Note 5 Naiktaraf Android 7.0 Nougat Dan Perubahannya

Pada hari ini 5.4.2017, Google teah menaiktaraf koleksi Galaxy Note 5 beliau kepada android 7.0 Nougat. Google ini aku pun tak faham kenapa dia suka sangat guna nama makanan untuk android dia ini....hehehehe.

Melalui kemaskini sistem operasi baru ini, ia menawarkan pelbagai perubahan – terutamanya dari segi antaramuka. Kini, ia tampak lebih kemas, selain turut menawarkan sedikit perubahan pada talam notifikasi, selain perubahan bagaimana notifikasi dipaparkan.

Disamping itu, Nougat juga turut menyertakan sejumlah kemaskini sekuriti, selain menu tambahan pada ikon aplikasi, perubahan saiz grid aplikasi dan penapis sinar biru.

Bagi anda yang menggunakan telefon pintar Samsung Galaxy Note 5, anda boleh menyemak peranti anda hari ini dan memulakan proses naik-taraf ke Android 7.0 Nougat ini. Seperti biasa, anda dinasihatkan untuk membuat salinan pendua data sebelum memulakan proses naik-taraf.

Apakah perubahan dalan Galaxy Note 5 Android 7.0
( sumber : amanz.com)

01 – Mengawal Resolusi Skrin

Galaxy Note 5 android 7.0 Nougat

Selepas memuat turun kemas kini Nougat, tetapan skrin peranti anda ialah 1920×1080 pixel. Ini adalah lebih rendah berbanding resolusi asal 2560 x 1440 pixel. Ini sebuah pepijat yang boleh diselesaikan dengan segera menggunakan fungsi baru tetapan resolusi skrin Grace UX.  Resolusi boleh diubah dari pilihan Display pada skrin tetapan seperti yang dilihat di atas. Terdapat pilihan resolusi ke-tiga iaitu 1280 x 720 pixel sekiranya anda mahu mengurangkan lagi penggunaan bateri peranti. Terdapat juga fungsi baru Performance Mode yang boleh diakses menerusi talam menu. Dari tetapan ini pemilik boleh menetapkan resolusi serta keterangan skrin pilihan secara automatik.


02- Menukar Kamera Dengan Tatalan Skrin

Galaxy Note 5 android 7.0 Nougat

Sebelum ini pengguna perlu menekan butang pada bucu kiri sebelah bawah untuk menukar di antara kamera utama atau selfie. Selepas menggunakan Android Nougat ini boleh dilakukan dengan melakukan tatalan atas ke bawah pada skrin apabila aplikasi kamera dibuka. Ini adalah lebih pantas dan mudah berbanding fungsi sebelum ini. Kepada yang lebih selesa dengan fungsi lama jangan risau, butang menukar kamera masih disediakan pada buku kiri sebelah bawah.


03- Pilihan Tambahan Dari Ikon Aplikasi

Galaxy Note 5 android 7.0 Nougat

Menekan ikon selama beberapa saat memberikan beberapa pilihan baru bergantung kepada aplikasi. Dari contoh di atas untuk aplikasi Twitter, terdapat pilihan untuk menyahaktifkan aplikasi, membuang jumlah mesej belum dibaca dan menyahpasang. Apabila aplikasi dinyahaktif, ia tidak akan menggunakan bateri dan data. Aplikasi hanya akan kembali aktif apabila pengguna membukanya semula. Ini amat berguna bagi mereka yang mengira penggunaan data yang terhad.


04- Kustomasi Saiz Grid Tetapan Pantas Talam Notifikasi


Galaxy Note 5 android 7.0 Nougat

Mengubah susunan grid pada skrin utama (4×4, 4×5 atau 5×5) sudah wujud sejak Marshmallow. Kini pilihan kustomasi susunan grid juga boleh dilakukan pada butang tetapan pantas di talam notifkasi. Terdapat pilihan 3×3, 4×3 dan 5×3. Dengan ini lebih banyak butang tetapan pantas boleh diletakkan serentak.


05- Penapis Sinar Biru

Galaxy Note 5 android 7.0 Nougat

Fungsi penapis sinar biru ini pada suatu ketika hanya disertakan pada peranti keluaran China. Kini ia menjadi semakin popular sejak ia menjadi fungsi standard pada iOS 10. Dengan Blue Light Filter skrin akan menjadi kekuningan bagi mengurangkan silau mata apabila digunakan pada waktu malam.


06- Sistem Multi Window Baru

Galaxy Note 5 android 7.0 Nougat

Multi Window diperkenalkan oleh Samsung pada peranti Galaxy Note 2 lima tahun yang lalu. Sejak diperkenalkan antaramuka fungsi ni telah diperbaiki dan diperhalusi. Android Nougat akhirnya membawa sokongan Multi Window secara natif. Ini membolehkan kesemua aplikasi yang terpasang pada peranti menyokong fungsi Multi Window. Sebelum ini hanya beberapa peranti tertentu sahaja boleh digunakan. Seperti dahulu tekan butang Multi Tasking untuk mengaktifkan mod Multi Window.

Tetapi malang sekali sokongan natif ini menyebabkan fungsi Drag and Drog diantara dua tetingkap tidak lagi disokong. Bagi mereka yang sudah biasa melakukan Drag and Drop dari Gallery ke Gmail, ucapkan selamat tinggal kepada fungsi kegemaran anda.


07- Video Enhancer

Galaxy Note 5 android 7.0 Nougat

Akhir sekali ialah fungsi Video Enhancer yang mempertingkatkan paparan warna video yang dimainkan menggunakan peranti. Antara aplikasi yang menyokong fungsi ini ialah YouTube, Netflix, iFlix dan Periscope. Setakat ini kami hanya menyedari peningkatan apabila menggunakan Netflix dimana gambar lebih taja, terang dengan warna yang lebih hidup. Pada perkhidmatan penstriman lain perbezaan menggunakan Video Enhancer tidak berapa ketara.




Share:

0 comments