Hampir 100 Negara Diserang Pengodam Siber - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Hampir 100 Negara Diserang Pengodam Siber

Hampir 100 Negara Diserang Pengodam Siber
Satu gelombang serangan siber yang bergerak pantas melanda dunia – hampir 100 negara menjadi sasaran, tindakan pihak tertentu yang mengeksploitasi pendedahan dokumen yang bocor dari Agensi Keselamatan Negara Amerika Syarikat (AS).

Serangan dalam bentuk ransomware, teknik yang digunakan oleh penggodam yang mengunci fail pengguna kecuali mereka membayar penyerang sejumlah wang yang ditetapkan dalam mata wang maya Bitcoin.

Skop serangan (yang berlaku sekitar hari Sabtu, waktu Malaysia) tidak jelas, tetapi beberapa penganalisis melaporkan berpuluh-puluh negara terjejas dengan malware yang dikaitkan dengan serangan ke atas hospital di Britain dan juga syarikat telekom gergasi Sepanyol, Telefonica dan firma penghantaran AS FedEx.


Pasukan respons kecemasan komputer Jabatan Dalam Negeri AS berkata, pihaknya menyedari jangkitan ransomware “di beberapa negara di seluruh dunia.”

“Kami sedang meneliti lebih 75,000 serangan yang dikesan… di 99 buah negara,” kata Jakub Kroustek dari firma keselamatan Avast, dalam tulisan blog sekitar pukul 8 pagi tadi (waktu Malaysia), dipetik laporan AFP.

Terdahulu, Costin Raiu, penyelidik Kaspersky memaklumkan 45,000 serangan di 74 negara, dengan menjelaskan, malware yang dikategorikan umpama “cacing” merebak dengan cepat.

Forcepoint Security Labs berkata, “kempen e-mel berniat jahat” yang terdiri daripada hampir 5 juta e-mel sejam menyebarkan ransomware yang baharu.

Nama malware adalah WCry, tetapi penganalisis juga menggunakan varian seperti WannaCry.

Dalam kenyataannya, Forcepoint pula berkata, serangan itu menjangkaui “skop global”, di mana ia memberi kesan ke atas banyak organisasi di Australia, Belgium, Perancis, Jerman, Itali dan Mexico.

Di AS, FedEx mengakui ia berhadapan dengan malware dan telah mengambil langkah-langkah “pemulihan dengan segera.”

Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan United Kingdom mengisytiharkan satu “insiden besar” selepas serangan itu, yang memaksa beberapa hospital meletakkan perkhidmatan ambulans dan operasi pada tahap tinggi.

Di Sepanyol, syarikat utama termasuk Telefonica yang turut berhadapan dengan serangan siber, menasihatkan para pekerjanya menutup stesen kerja serta-merta.

No comments: