Happy Hour Maxis Terbaik


Aku merupakan pelanggan setia Maxis dari dulu hingga kini. Dan pada masa yang sama aku juga pelanggan setia DiGi.

Bila bercerita tentang data internet kedua-dua gergasi telekomunikasi ini masing-masing mempunyai kelebihan yang tersendiri.

Hari ini nak bercerita tentang kelebihan Maxis data internet yang memberi data percuma bernama Happy Hour.

Happy Hour diberikan pada semua pelanggan yang membeli data bulanan dan weekly untuk 600MB.

Cara Happy Hour bekerja ialah setiap hari kita akan diber 1GB percuma di antara pukul 7.00am hingga 7.00pm. Tak kisahlah kau boleh claim bila-bila masa dalam waktu yang ditetapkan ini.

Jika anda dah claim atau tebus maka anda hanya diberi 1 jam untuk habiskan data ini. Jika anda rasa 1GB tak cukup, anda hanya perlu bayar RM1 untuk tambahan 1GB lagi !!!!

Pada mulanya aku rasa Maxis ini cuba memperbodohkan pelanggan. Dalam masa 1 jam kau kena habiskan semua data ini. Boleh ker?

Tapi bila fikir secara positif ia memberi banyak kebaikan. Apa yang aku buat dengan data percuma 1GB ialah setiap hari aku download movie atau updated semua aplikasi aku.

Kini aku mempunyai banyak movie yang di download. Lagipun benda percuma, buat apa nak marah Maxis. Kita plan waktu terbaik untuk guna data ini.

Kelajuan yang diberikan memang 4G ler. Kejap jer dah download 900MB movie. Tapi tu ler, tak boleh download movie lebih dari 1GB.

Terbaik dari Maxis, belum lagi hadiah sabtu dan ahad 1 GB.

Share:

0 comments