Kaki Patah Tersepit Di Rim Motor


Viral kisah budak perempuan kaki tersepit di rim motor. Pelik tapi ini yang berlaku.

Kebiasaannya kalau perempuan yang selalu sangkut ialah kain dekat rantai motor. Pernah berlaku pada kakak aku dulu masa bonceng dia.

Budak ini mesti nakal sampai tersepit kaki kat rim. Aku tak dapat bayangkan kesakitan dia sambil menunggu bantuan tiba.

Bila kes macam ni, pakai skuter lagi selamat. Potensi kaki tersangkut kat rim zero kes.

Dalam kes macam ni, ibubapa yang harus berhati-hati dan mengambil tanggungjawab dalam keselamatan anak mereka.

Tak pasal-pasal kaki anak awak patah..adusss. Kalau tengok di gambar, budak ni macam tak pakai topi keledar.. Ini pun satu kesalahan!!!!

Kanak-kanak perempuan patah kaki akibat tersepit pada rim roda belakang ketika membonceng motosikal ditunggang ibunya untuk ke sekolah di Taman Bandar Mahkota, di Kulim, hari ini.

Nur Amirah Md Romlan, murid tahun satu Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Ular itu terpaksa menahan kesakitan dalam keadaan duduk di atas pelana motosikal pada kejadian 6.55 pagi.

Dia kemudiannya ditenteramkan oleh ibunya dan orang awam yang melalui tempat kejadian sebelum diselamatkan anggota bomba.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kulim Hi-Tech, Penolong Penguasa Bomba Mohd Azizi Abdullah, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.06 pagi.

Katanya, satu jentera dan ambulans Perkhidmatan Bantuan Kecemasan Perubatan (EMRS) dan lima anggota bergegas ke lokasi kejadian.

"Anggota bomba melakukan kerja menyelamat mengunakan peralatan khas bagi mengeluarkan kaki murid itu dari rim roda belakang motosikal.

“Budak itu kemudian diserahkan kepada kakitangan ambulans untuk dibawa ke Hospital Kulim.

"Murid itu patah kaki dan operasi tamat pada 7.37 pagi," katanya ketika dihubungi.

Tags:

Share:

0 comments