Madras Cafe Jalan Temenggung Melaka - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Madras Cafe Jalan Temenggung Melaka

Madras Cafe
Abaikan telinga hitam tu, salah editing...hehehehe
Hari ini aku lepak kat kedai mamak yang aku rasa dah berpuluh tahun juga di buka di Melaka. Zaman aku kecik hingga aku sekolah menengah, itulah kali terakhir aku lepak kat sana.

Madras Cafe ini terletak di Jalan Temenggung berdekatan Pasar Besar Bukit Cina (kalau orang Melaka panggil Pasar nama ini ler).

Kedudukannya di selekoh simpang nak menuju ke Bunga Raya. Ahhhh!! Mesti kau orang pening. Tak per boleh search kat Google..

Dah lebih 20 tahun aku tak singgah Madras Cafe ini. Ia kedai mamak biasa-biasa jer, tak der yang spesial sangat. Tapi aku boleh katakan ia kedai mamak pertama kot di Melaka..

Tapi secara peribadi ia banyak memori. Pertama aku pernah minum kat Madras Cafe ini sama arwah ayah aku. Kedua tempat lepak aku masa zaman sekolah, bukan selalu lepak tapi Madras Cafe ini adalah pilihan kami ketika itu.

Yang paling aku tabik Madras Cafe ini, ia masih lagi dibuka hingga kini. Aku tengok owner pakcik dan makcik tu dah tua betui. Yang makan kat kedai ini pun uncle dan auntie aka orang lama....hehehehe. Pendapat aku lebih 30 tahun kedai Madras Cafe ini dibuka.

Madras Cafe
Terasa muda pula masa aku lepak kat sana...Nak dijadikan cerita terjumpa pula kawan lama aku masa aku minum kat sana.

Untuk pengetahuan muka aku dari sekolah hingga kini sama ajer. Tak ubah-ubah cuma fizikal dari sado ke boroi...kikikiki.

Nama dia aku tak kenal dan nama aku pun dia tak kenal. Muka jer kenal...Bermulalah acara kenal mengenal dan bertanya khabar. Boleh tahan lama juga berborak. Sempat tukau no telefon dan tidak dilupakan selfie...acara wajib zaman sekarang.

Sambung balik cerita Madras Cafe ini. Aku pekena roti canai dan 1 bungkus nasi lemak serta nescafe. Orang tak ramai kat kedai tu, maka aku tak terburu-buru melayan makan secara tergesa-gesa.

Melihat suasana kedai tu, memang old school. Melihat bangsa cina, melayu dan india makan bersama di kedai makan Madras Cafe. Tapi semua otai-otai tua ler..

Teringat zaman sekolah dulu, masyarakat majmuk Malaysia makan beramai-ramai satu kedai. Kedai cina kerr....kedai india kerr..semua kami belasah makan. Lantak ler. Janji tak der tu hidung kembang semua setel. Kalau was-..was pekena air tin..setel..

Hai...Madras Cafe ini betul-betul mengundang memori lama. Rindu pula nak jadi remaja...ahaks.

Madras Cafe

No comments: