Nama "Malacca" Dibubar Dan Wajib Guna Melaka - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Nama "Malacca" Dibubar Dan Wajib Guna Melaka


Kerajaan negeri Melaka hari ini memaklumkan bahawa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka telah memutuskan nama Malacca yang lazim digunakan dalam bahasa Inggeris tidak lagi diguna pakai, sebaliknya digantikan dengan nama Melaka.

Setiausaha kerajaan negeri Melaka Datuk Seri Naim Abu Bakar berkata sehubungan itu semua akhbar dan media sama ada bahasa Malaysia atau bahasa Inggeris atau lain-lain bahasa hendaklah menggunakan nama Melaka dalam penulisan atau sebutan pada setiap penerbitan mereka.

“Penyelarasan ini adalah bertujuan untuk menyeragamkan penggunaan nama Melaka sama ada dalam bentuk penulisan atau sebutan dalam semua media khususnya yang berbahasa Inggeris,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata kerajaan negeri berharap penyelarasan penggunaan nama Melaka ini dihebahkan kepada semua pihak yang terlibat dan kerjasama pihak media dalam menyokong penggunaan nama Melaka amat disanjung tinggi dan dihargai oleh kerajaan negeri Melaka. ―

No comments: