Header Ads

Smart Manager Samsung Diganti Device Maintenance Dalam Android 7.0

Android 7.0 Device Maintenance
Apabila kita membeli Samsung Smartphone aplikasi yang diberikan sekali ialah Smart Manager.

Ia adalah satu keperluan untuk kita memeriksa storage, hayat bateri, memori dan security smartphone kita. Walau bagaimana pun dalam membersihkan cache ia tidak begitu baik.

Maka anda harus download beberapa cache cleaner seperti Ccleaner atau SD Maid. Terpulang pada anda.

Tetapi apabila Samsung naiktaraf kepada Android 7.0 secara automatik Smart Manager telah dihapuskan dan diganti oleh Device Manager yang dibantu oleh Clean Master serta sekuriti McAfee.

Jom lihat aplikasi ini secara detailed.
Android 7.0 Device Maintenance
Ini adalah muka hadapan device maintenance dimana kita hanya perlu klik dalam bulatan tu maka ia akan optimize smartphone iaitu kurangkan memori serta menyejukkan smartphone anda.

Android 7.0 Device Maintenance
Ini opsyen power saving dimana anda boleh memilih samada medium atau maksimum.
Pilih ajer.
Dibahagian bawah boleh klik aplikasi yang anda mahu save power.

Android 7.0 Device Maintenance
Ini yang kita perlukan. Boost up memori handphone. Dengan hanya klik semua setel.
Baru laju handphone kita...tapi kalau 4G ram memori tak pening sangat ler. Tak yah selalu klik..hehehe.

Android 7.0 Device Maintenance
Ini bersihkan cache kita di bawah lesen Clean Master. Aplikasi Clean Master salah sebuah aplikasi yang terbaik dalam membersihkan cache.
Dah ada aplikasi ini boleh buang yang lain-lain.
Sudah diperiksa dan membuat perbandingan menggunakan SD Maid dan Ccleaner. Ia memang efektif bersihkan cache anda.

Android 7.0 Device Maintenance
Ini adalah opsyen pilihan untuk optimized smartphone anda. Kalau minat main game pilih opsten yang diberikan.
Tapi aku pilih opsyen yang di rekomendasikan.
Aku bukan minat main game pun.

Android 7.0 Device Maintenance
Ini yang terbaik. Sekuriti anda boleh diupgrade guna McAfee sekuriti.
Dia dah kasi free trial 30 hari, kalau suka boleh download.
Tapi dalam Device Maintenance tetap ada kasi sekuriti tapi biasa-biasa punya.

Inilah perubahan ketara dalam Galaxy 5 Android Nougat 7.0 dengan menitik beratkan prestasi smartphone anda.

Selain itu ada widget untuk Device Maitenance ini. Letakkan kat home screen dan dengan satu klik..ia bersihkan semua.

No comments