Header Ads

Udang Masak Manis Juara Culinary Genius Di London


RAKYAT Malaysia yang juga penganalisis data berjaya memenangi salah satu episod rancangan masakan chef terkenal Gordon Ramsay di Britain.

Michelle Yong, 27, memenangi episod ke 12 rancangan masakan "Culinary Genius" terbitan studio Ramsay yang ditayangkan melalui rangkaian ITV.

Yong yang menetap di London selama tujuh tahun itu menghidangkan masakan "Udang Masam Manis" iaitu resepi yang diilhamkan dari mendiang neneknya.

"Saya sangat seronok pada hari berkenaan dan menerima anugerah Culinary Genius adalah perasaan yang sangat luar biasa," kata wanita yang berasal di Kajang dipetik The Star.

Dia menyertai ujibakat program mencari tukang masak amatur yang meminati masakan dan pertandingan ini hanya membenarkan tukang masak yang tidak pernah bekerja dalam industri makanan sebelum ini.

Yong bekerja sebagai penganalis data dalam industri permainan video selama lima tahun lalu dipilih selepas menunjukkan pengetahuan dalam pelbagai jenis masakan dan suka memasak.

Resepi yang diinspirasi dari mendiang nenek Yong.

Dalam setiap episod rancangan itu, sembilan tukang masak amatur perlu bersaing sesama sendiri menyediakan masakan.

Yong berkata, dia sangat berbesar hati masakannya dipuji oleh Phil Vickery, seorang chef selebriti di Britain.

Peserta tidak mengetahui bahan-bahan yang akan diberikan untuk memasak dan ia perlu disediakan secara spontan.

"Para finalis hanya diberikan masa 2 minit untuk mencari bahan masakan dan tidak dibenarkan kembali semula ke pantri selepas masa tamat," kata Yong.

Yong berkata, dia pada mulanya ingin menyediakan masakan lain, namun bahan yang diperlukannya tiada.

"Jadi saya menggunakan bahan yang ada untuk membuat masakan yang hampir sama dengan masakan ketam bercili iaitu resepi mendiang neneknya yang sering dihidangkan ketika dia kecil," katanya.

No comments