Kucing ku Bernama Gemok - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Kucing ku Bernama Gemok

Kucing ku Bernama Gemok
Sebenarnya ia bukan kucing aku. Tapi kucing jiran aku sebelah blok tapi sering ke kawasab blok rumah teres kawasan aku.

Pada mulanya kucing ini sering ke sebelah rumah jiran aku sebab ia rajin beri makan kucing. Kalau tak salah aku ini kali kedua dia bela kucing terbiar ini.

Yang pertama kucing dia pun rapat dengan aku. Jiran sebelah katakan tapi aku tak kasi makan cuma layan jer. Jinak sangat tapi lama kelamaan hilang. Kata orang tua, kucing yang kita sayang kalau nak mati, dia takkan mati depan umah kita tapi tempat lain.

Kucing ku Bernama Gemok
Kemudian baru datang si Gemok ni atau nama sebenar Kaka. Dia ni kucing bakabaik juga, cantik bulu dia. Kucing betina.

Dengar cerita dia lari dari rumah tuannya sebab uan dia kembiri tak kasi beranak. Merajuk bawa diri ke rumah jiran aku dan sekitarnya.

Satu blok rumah jaga dia...hahaha. Kucing comel dan bulu tebal kan..

Tapi baru-baru ni dia asyik datang rumah rumah aku jer dan sering masuk ke rumah. Nak halau leceh lalu kami beli makanan kucing umpan dia keluar. Sudah tak terkira berapa kali campak dia. Tapi tetap degil.

Kucing ku Bernama Gemok
Bini aku namakan dia Gemok sebab dia memang Gemok montel. Terlekat ler nama dia kalau datang umah aku.

Terus terang aku katakan, inilah kucing terbaik pernah aku pelihara. Dia punya manja, buat kau cair.

Kalau kau balik kerja, binatang pertama yang kejar kau dari pintu kereta hingga ke pintu gate hingga ke pintu rumah si Gemok ler ni.

Macam mana kau tak sayang oiiii... Perangai pun baik, kalau masuk rumah. Dia tawaf satu rumah dulu kemudian dengan gaya manja dia himpit kau . Rimas betui tapi suka..ahaks.

Kalau bergambar pun fotogenik. Cantik gambar dia. Bijak betui kucing ini.

Kucing ku Bernama Gemok
Sekarang ni kalau jerit Gemok, mesti dia berlari datang kat aku.

Tapi kini aku lihat dia dah makin tua, mata pun dah ada tanda- tanda sakit. Semalam jalan terjengkit, entah kenapa aku pun tak tahu.

Aku dapat rasa tak lama si Gemok pun akan menghilang. Tapi buat masa sekarang, dia memberi keceriaan buat aku dan bini aku.

Kami sayang Gemok!!!
Anak-anak, mak aku dan mak mentua aku suka si Gemok ni juga.
Kucing ku Bernama Gemok

No comments: