Header Ads

Lima Pemuda Cina Ubah Sikap Rasis Malaysia

Lima Pemuda  Cina Ubah Sikap Rasis Malaysia
Gelagat lima pemuda Cina yang tidak menyentuh makanan mereka sehinggalah azan berkumandang rupa-rupanya diperhatikan seorang pelayar laman sosial.

Pelayar tersebut yang dipercayai berbuka puasa di Aeon Melaka, 11 Jun lepas mendakwa kumpulan pemuda berkenaan menunggu masa sesuai untuk mereka menjamah makanan.

"Mereka tak sentuh langsung makanan tersebut..sehingga la azan berkumandang, mereka berpusing-pusing perhatikan sekeliling nak pastikan sama ada boleh makan atau belum," kata pelayar tersebut di Facebook.

Katanya, bila semua orang orang Islam yang berada di dalam restoran makan, baru la mereka sentuh makanan mereka.

"Tahniah untuk kamu berlima. Terima kasih kerana menghormati kami," akhiri pelayar berkenaan.

Perkongsian pelayar berkenaan jelas menarik perhatian pelayar Muslim dan bukan Islam yang lain.

"Toleransi adalah kuncinya," kata seorang pelayar bukan beragama Islam.

"Tahniah kepada saudara!" kata seorang lagi pelayar.

Perkongsian berkenaan telah tular di laman Facebook.

Jelas menunjukkan sikap muhibbah di Malaysia masih segar di Malaysia. Sebenarnya aku hampir sahaja kecewa dengan perkembangan sikap Malaysia yang berbilang kaum di negara ini yang sering bertelagah.

Bukan di bidang politik malah ditempat kerja pun penuh dengan rasis. Fed up dengan situasi ni. Bila membaca di atas, masih ada harapan untuk masyarakat majmuk Malaysia.

Bila baca komen semua bangsa dalam ruangan komen. Terasa hebat menjadi rakyat Malaysia.

Lima Pemuda  Cina Ubah Sikap Rasis Malaysia
Lima Pemuda  Cina Ubah Sikap Rasis Malaysia

No comments