Header Ads

Salam Aidilfitri 2017 Dari Hanif Idrus

Salam Aidilfitri 2017 Dari Hanif Idrus

Salam Aidilfitri buat semua pembaca Hanif Idrus Blog. Dihulur seribu kemaafan jka artikel saya ini  membuat pembaca terkecil hati atau marah. Ini semua bukan tujuan saya, jika ya saya mohon maaf sekali lagi.

Sempena ketibaan Hari Raya Aidilfitri ini semua bercerita tentang pulang dengan hati-hati bila balik ke kampung. Tapi saya bersyukur kerana tidak perlu balik ke kampung setiap kali ada percutioan besar Malaysia. Kerana kampung saya dan tempat tinggal di negeri yang sama dan jarak ke rumah ibu saya pula jika membawa kereta hanya 30 minit.

Setiap minggu berjumpa dengan ibu, untuk pengetahuan ayah saya sudah meninggal 7 tahun yang lalu. Tiada kerisauan untuk balik kampung setiap Hari Raya.

Dan saya juga bersyukur bekerja di tempat yang baru jika anda nak cuti, anda boleh cuti berapa lama anda mahu. Janji ada penganti dan urusan yang tertunda harus diselesaikan. Dulu ditempat kerja lama, jangan mimpi kalau nak cuti melebihi 2 hari, pelbagai soalan ditanya, pelbagai halangan diberikan.  Satu lagi nikmat menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Tapi bila kita dahj berbelas tahun kerja di kilang yang sekat cuti ini, bila nak cuti panjang macam rasa bersalah pula...hahahaha.

Maaf juga dipinta jika hanya meletakkan gambar solo lagi hensem ini...hahahaha. Bukan tak mahu meletak gambar keluarga tapi gambar keluarga kita letak bila Syawal pertama nanti dengan baju baru dan senyuman baru..

Sempena ketibaan Hari Raya Aidilfitri yang mulia ini kita jangan lupakan insan-insan yang tidak menyambut semeriah yang kita sambut. Kekangan kewangan atau lain-lain menyebabkan mereka terhalang untuk bergembira seperti kita jangan kita abaikan.

Jangan terlalu gembira kerana ada orang diluar sana menangis apabila Syawal menjelma. Memikirkan bagaimana untuk membeli baju raya untuk anak dan istri. Kita yang mampu, apa salahnya membantu atas keupayaan kita..amin.

Sekali lagi, selamat hari raya Aidilfitri 2017 dari blogger Hanif Idrus. Maaf Zahir Batin. Dan terima kasih kerana tidak jemu menjenguk ke blog Hanif Idrus. Saya ucapkan terima kasih sekali lagi.


No comments