Header Ads

Selamat Hari Abah Kepada Aku Yang Terpinggir

Selamat Hari Abah Kepada Aku Yang Terpinggir

Aku mengucapkan selamat hari abah kepada diriku sendiri. Macam biasa bila hari abah menjelma, memang tak ramai ambil tahu sangat berbanding dengan hari ibu.

Dan ini adalah kebiasaan global sedunia kerana ibu lebih ramai yang sayang berbanding abah kerana ibu ini emosinya mereka dalam sayang menyayang ini memang hebat.

Manakala untuk si abah pula, emosi sayang menyayang hebat tapi masih tak mampu saingi si ibu. Maka setiap acara si ibu yang mendapat tempat pertama dan abah hanya melihat sahaja. Itulah aturan dunia yang anak-anak tak nampak.

Kejam!! Tidak untuk aku tetapi rasa sedih itu ada ler. Yalah!! seolah-olah kita ini dipinggirkan. Lihat anak-anak mesra dengan ibu mereka, siapa tak jeles oiii!!! Tapi sebagai abah, kita punyai ego dan disiplin diri. Suka tak suka harus ada gapping antara anak.

Kalau harapkan ibu mendisiplinkan anak, kau ingat budak-budak ini nak dengau.. Potong jari sepuluh kali ini tak jalan punya. Ini hah!!! abah dia kena turun kasi satu seni motivasi kat anak-anak baru boleh jalan...  So kau harapkan apa, jika anak-anak kau sayangkan lebih kepada ibu.

Macam aku juga, lebih mesra dengan ibu dari abah. Sama jer sebab ayah aku ini dulu garang. Kami tahu dia sayang kami tapi gerun tu masih ada walau pun arwah ayah aku dah tua...heheheheh. Itulah penangan disiplin ayah aku. I love u dad...kami panggil ayah kami dulu baba..

Kini giliran aku pula..hemmm. Hidup ini satu putaran roda.  So sekali lagi aku ucapkan selamat hari abah kepada semua. Jangan kecil hati kalau anak-anak terlupa pasal hari abah ini. That normal guys.
As a dad, we must admit it.

Belum lagi kalau keluar jalan-jalan, asik ajak mak ajer. Dia orang tak ajak kau... Lagi sengau kau dibuatnya. Aku belum merasa sebab anak-anak aku kecik lagi..hahahahah


Selamat Hari Abah Kepada Aku Yang Terpinggir
Yang penting aku tetap hensem....hahahahaha

Pengorbanan seorang ayah itu tidak pernah ada alasan apa dan mengapa, yang ia tahu hanyalah demi kita
Ayah selalu punya 1000 alasan untuk tetap berjuang dan menepis kesedihan nya
Ayah,yang tak banyak bicara terkesan tidak perduli,tetapi sesungguhnya yang ada dalam hatinya hanyalah kita
Dia adalah orang yang pertama Adzankan kita. Dia orang yang pertama gelisah, dia orang yang pertama senyum pada kita, dialah Ayah kita, hanya satu di dunia
Terima kasih Ayah, ata pengorbananmu, ilmu serta kasih sayang yang telah engkau berikan selama ini kepadaku....




1 comment

Mrs. A said...

Oh! macam ini perasaan seorang abah ya
Kesian jugak.
Anyway masih belum terlambat rasanaya Mrs. A nak ucapkan Selamat Hari Bapa.
Selamat Hari Bapa buat tuan blog.