Header Ads

Wonder Woman 2017

Wonder Woman

Hari ini kaki wayang menonton filem pecah panggung keluaran terbaru Marvel iaitu Wonder Woman. Memang dijangkakan filem ini akan keluar apabila dalam filem Batman vs Superman, keujudan Wonder Woman di hidupkan melawan raksasa Lex Luther.

Dan benar, Marvel buat hal lagi dengan filem terbaru Wonder Woman pula. Tak pasal-pasal aku kena tengok filem ini.pula. Rating untuk filem ini ialah 4.9/5. Memang terbak dari segi garapan perjalanan cerita serta mainan emosi sert amelihat kejahilan Wonder Woman Diana pergi ke dunia manusia.

Filem Wonder Woman ini bermula dengan latar belakang kehidupan Dian si Wonder Woman dari kecil hingga menjadi dewasa dan dilatih menjadi pahlawan terhebat dalam puak Amazonnya. Dalam permulaan cerita ini , ia menerangkan bagaimana  kaum Amazon ini dihisupkan oleh Zeus serta pemberontakan mereka melawan manusia hingga mereka menetap di pulau yang dicipta oleh Zeus untuk mereka.

Selepas itu cabaran filem ini diteruskan apabila ada kapal terbang tiba-tiba terjatuh di pulau mereka. Untuk pengetahuan zama cerita di berlatar belakang Perang Dunia Kedua dan kapal terbang tersebuat adalah kapal terbang yang di cari oleh pihak Nazi.

Maka berlakulah perlawanan puak Amazon dengan puak Nazi dan akhirnya mereka dikalahkan dengan mengorbankan nyawa kedua-dua pihak. Manakala hero yang jatuh dari kapal terbang ditahan untuk siasatan jenayahnya.

Tapi akhirnya Wonder Woman dan hero lelaki tersebut Steve Turner meninggalkan dunia Amazon dan pergi ke dunia manusia. Diana beria-ria ingin menamatkan peperangan ini dengan megandaikan Ares iaitu Dewa Peperangan terlibat dalam menanam sikap jahat manusia.


Maka bermulalah perjalanan Wonder Woman dengan rakan-rakan Steve Turner untuk menamatkan peperangan in dengan misi uatama menmghalang gas beracun ciptaan Dr. Maru yang boleh membinasakan manusia.

Selebihnya anda kena temgok ler. Kaki Wayang tak boleh memberi detailed sebab ia polisi kami...heheheh.
Dari segi grafik dan perlawanan memang dahsyat terutama apabila Wonder Woman Diana berlawan dengan Ares, bergegar panggung wayang dibuatnya dengan perlawanan yang melampau..

Selamat menonton!!


Wonder Woman



No comments