Header Ads

Bomba Bodoh Sombong

Bomba Bodoh Sombong

Tindakan seorang wanita yang mempertikaikan tugas dan tindakan anggota bomba yang tidak membuka kasut ketika menjalankan tugas dibidas Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

JBPM melalui laman Facebooknya berkata tindakan tersebut adalah merupakan sebahagian dari kelengkapan keselamatan ketika menjalankan opersi.

“Pemakaian kasut ketika di dalam operasi adalah salah satu P.P.E (Personal Protecting Equipment ) kepada seorang penyelamat, oleh hal demikian kebiasaanya anggota bomba akan meminta kebenaran tuan empunya rumah untuk memakai kasut.

“Anggota bomba juga bertimbang rasa dalam aspek keselamatan dan juga kebersihan rumah, jika menyelamatkan seekor kucing di yang terperangkap mungkin anggota boleh membuka kasut tetapi tiada kompromi dari segi keselamatan bagi menangkap haiwan yang berbisa.

“Jika anda diberi pilihan ancaman atau keselamatan yang mana anda utamakan???,” soal pengendali laman tersebut semalam.

Terdahulu seorang wanita mempertikaikan tindakan anggota bomba yang enggan membuka kasut ketika menjalankan operasi menangkap ular sawa di rumah bapanya.

“Kepada abang-abang & pakcik-pakcik bomba tu, kalau nak naik rumah orang untuk tangkap ular tak bolehkah buka kasut (kamu) bukan polis (yang) nak tangkap orang jahat.

“Datang tangkap ular sawa di rumah ayah, geramnya dengan tak buka kasut (terus) naik sampai atas rumah, alasan sebab tugas gila ka boomba ni? luah wanita tersebut ketika memuatnaik cacatan di Facebook.

Tinjauan MassaTV diruangan komen mendapati rata-rata penguna turut membidaskan kenyataan wanita tersebut sambil menyifatkannya sebagai ‘bodoh sombong’.

Malah ada yang menggesa anggota bomba agar mengabaikan kenyataan tersebut sambil terus menjalankan amanah dan tanggungjawab yang diberikan untuk embantu masyarakat yang memerlukan.

1 comment

mrhanafi said...

Kalau macam gamaknya tangkap sendiriah..