Header Ads

Makanan Halal Di Malaysia Sukar Dipercayai


Beberapa hari lepas kecoh daging import kambing bercampur dengan daging babi. Beberapa kontena dah terlepas walau bagaimanapun syukur tindakan pantas telah diambil.

Ini baru kes yang kita dengar, bagaimana dengan kes-kes binatang yang tidak disembelih dengan betul dijual pada orang islam.

Tempoh hari lagi best, satay campur dengan daging kucing dan anjing di Johor. Ramai yang dah makan, berebut-rebut lagi. Rupanya tak halal.

Dunia akhir zaman ini memang macam ni ler sikap manusia. Bila wang menjadi tambatan kehidupan maka semua boleh dihalalkan. Permainkan agama dah macam perkara biasa. Bukan islam tak menghormati orang islam malah yang islam pun dah macam bukan islam.

Tapi bila fikirkan senario masyarakat di Malaysia yang berbilang kaum, memang sukar kita nak kawal makanan halal ini. Jika kita sebagai islam kata daging khinzir bercampur dengan makanan halal. Bagaimana pula penganut hindu daging lembu bercampur dengan daging-daging lain.

Semua menghadapi isu yang kita hadapi. Tapi itu bulan alasan, soal halal dam haram dalam makanan perlu kita perketatkan namun bila melibatkan kejujuran manusia, itu yang sukar kita nak kawal.

Pihak berwajib harus cari penyelesaian dan perkukuhkan sistem kawalan makanan halal ini. Kita bangga dengan status Malaysia sebagai Hub makanan halal di Asia tapi banyak yang bocor. Malu woiii !!!

Memang sukar disebabkan negara Malaysia sebuah negara yang pelbagai kaum. Namun itu bukan alasan, sampai bila kita nak anak cucu kita makan makanan yang tak halal. Setelah makan dan jadi darah daging, baru tahu ia tak halal.

Diharap ada penyelesaiannya..

Jom baca kes daging kambing campur daging khinzir yang kecoh baru-baru ini.

JOHOR BAHRU: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) mengesahkan pengusaha tempatan produk sejuk beku melanggar syarat permit yang hanya membenarkan syarikat itu mengimport daging dari Australia.

Pengarah MAQIS Johor/Melaka, Siti Nur Ahmad, berkata dalam serbuan dan pemeriksaan oleh enam pegawai penguat kuasa MAQIS sehingga jam 7 pagi tadi, kontena terakhir dipercayai mengimport daging lembu dari negara lain iaitu Brazil.

Katanya, MAQIS juga akan mengenakan tindakan atas kesalahan pintu masuk mengimport tanpa permit bagi disabit mengikut Seksyen 11 (1) Akta MAQIS 2011, selain Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sudah diminta bagi menyiasat status import pengusaha tempatan itu berkenaan perakuan logo halal.

"Dalam pemeriksaan awal, MAQIS menemui 160 kotak daging babi disusun secara bercampur dengan 1,142 kotak daging kambing pada kontena pertama, selain kira-kira 30 tan daging kambing, masing-masing pada kontena kedua dan ketiga, manakala kontena terakhir dipercayai mengandungi paru lembu yang diimport dari Brazil.

"Kontena ini bagaimanapun disahkan mempunyai permit untuk membawa hanya daging kambing dari negara Australia dan tiada permit untuk membawa daging dari negara lain.

"Hasil pemeriksaan MAQIS, hanya satu mengikut spesifikasi permit dan peruntukan akta iaitu kontena ketiga, manakala tiga lagi tanpa permit import sah yang dikeluarkan MAQIS," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Siti Nur berkata, MAQIS akan menghantar sampel ke makmal veterinar di Salak Tinggi, Selangor untuk membuat pengesahan bahan, yang mengambil tempoh dua minggu, selain menjalankan siasatan bagi mendapatkan penjelasan pengusaha tempatan yang beroperasi di Serdang, Selangor itu.

""Sekiranya cukup keterangan selepas siasatan dijalankan, MAQIS boleh mendakwa pengimport dengan izin bertulis dari pendakwa raya mengikut Seksyen 11(1) Akta MAQIS 2011 kerana mengimport tanpa karkas dan permit yang sah.

"Bagi kesalahan mengikut Seksyen 13 kerana memberi permit/perakuan palsu dalam pengimportan, jika sabit kesalahan pengimport boleh didenda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya," katanya.

Mengikut laporan, MAQIS menyita empat kontena dipercayai berisi daging babi bercampur daging kambing yang dibawa masuk dari Sepanyol dalam serbuan di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), semalam.

Serbuan yang turut mendapat kerjasama daripada PTP itu, selain maklumat awam sejak 31 Mei lalu, mendapati bekalan daging bernilai kira-kira RM2 juta dengan anggaran 120 tan itu disusun secara bercampur yang diletakkan dalam empat kontena sejuk beku, menyebabkan pergerakan kontena terbabit disekat keluar daripada kawasan pelabuhan

No comments