Mencintaimu Mr Photographer Membosankan - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Mencintaimu Mr Photographer Membosankan

Mencintaimu Mr Photographer

Drama Mencintaimu Mr Photographer  yang tengah meletop dan untuk pengetahuan aku bukan minat sangat cerita melayu ini. Tapi disebabkan drama ini aku terlepas banyak cerita kegemaran aku. Mahu tak mahu terpaksa melayan cerita ini ..

Setakat aku lihat cerita ini, romantis filem ini belum boleh lawan filem korea lagi. Masih jauh bangat...hehehehe. Aku akui ayat yang digunakan kalau perempuan dengar mesti cair luluh punya tapi belum cukup ada umpphhhh. Gaya eksprisi wajah perlu di perhebatkan lagi bukan setakat tenung macam nak makan perempuan tu ajer..ahaks.

Itu pendapat aku secara profesional apabila bandingkan dengan filem korea ler. Tapi aku tengok bini aku memang suka sangat lihat adegan romantis mamat ini , sejujurnya aku benggang dengan kau ini Syafiq. Kau jangan lebih-lebih sangat!!!

Kau hanya berlakon sebagai fotografer ajer tapi aku memang fotografer tulen. Cuma aku tak ambil gambar model jer sebab bini aku tak suka aku ambil gambar-gambar macam ini. Sebab tu aku amik gambar landskap, abstrak dan selalunya gambar binatang.

Malah aku mempunyai blog fotografer, kau ada. Eksyen jer berlakon amik gambar model.hehehehe.
Aku tak marah dia ler tapi jeles sebenarnya.
Aku harap drama ini meletup dan pelakon Syafiq yang memang dikenali dahulu dalam drama Tanah Kubur memang mantap.

Kang akukutuk lebih-lebih pula, ramai peminat dia kondem aku lak....huhuhuhu.
Akhir kata, aku pun seorang fotografer dan yang mencintai aku ialah Puan Aslinda. ..muahhhh.

Jom lihat sinopsis drama Mencintaimu Mr Photographer 

Sinopsis Mencintaimu Mr Photographer. Menggantikan Hero Seorang Cinderalla masih lagi hangat diperkatakan, Astro membawakan sebuah lagi drama bersiri terbaik khas buat tontonan anda iaitu Mencintaimu Mr Photographer .

Drama terbitan MIG Production hasil garapan pengarah Eyra Rahman ini merupakan sebuah lagi karya yang diadaptasi dari novel cinta yang telah pun ditayangkan bermla 3 July lalu. Ia bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di saluran Astro Ria dan Maya HD.

Mencintaimu Mr Photographer menampilkan gandingan Syafiq Kyle dan Hannah Delisha sebagai pelakon utama. Turut membantu menjayakan drama ini ialah  Marisa Yasmin, Arash Mohd, Hairie Othman, Amy Mastura, Fahmy Reza, dan ramai lagi.

Aira Qaisara, gadis lincah dan manja yang bercita-cita untuk menjadi seorang peragawati seperti ibunya walaupun hubungannya dengan mama tidak rapat seperti orang lain. Mamanya diceraikan papa ketika dia masih kecil kerana salah faham menyebabkan Aira dan abang tersayang terpisah. Aira yang tidak mengerti erti perpisahan tersebut telah menanam sifat benci dan marah kepada mamanya tanpa mengetahui sebab sebenar.

Nazmi Elyas atau Jemy, merupakan seorang jurugambar profesional yang terkenal dengan hasil kerja di dunia modelling. Panas baran, garang, tetapi mudah cair bila bersama Aira. Sepanjang kerjayanya, Nazmi pernah berkerja dengan ramai wanita namun meraka tidak mempunyai aura sehebat Aira.

Jemy, seorang anak yang tidak diakui status sebagai "Anak" oleh ibunya sendiri. Peristiwa hitam yang dilalui oleh ibunya semasa dulu telah menjadikan Jemy sebagai anak buangan. Kerana terlalu sayangkan Aira, Jemy sanggup bernikah dengan Aira di seberang, sebab mendapat tentangan hebat dari papa Aira yang mahukan Aira berkahwin dengan anak sahabat karibnya, Datuk Roslan. 

Kerana peristiwa hitam ibu Jemy jugalah yang menjadi punca kepada perpisahan dua hati ini tanpa rela. Mampukah Jemy mempertahankan haknya? 

1 comment:

Belang Tarung said...

mmg membosankan..byk ke arah...menari balet dalam cerita...jadikan nama photographer sebagai nilai komersil sahaja