Header Ads

Pengalaman Dunia Dan Teknologi Semakin Berubah

Sesiapa yang dilahirkan tahun 70an saya mengatakan mereka insan yang bertuah kerana dapat melihat perubahan teknologi dan manusia berubah amat pantas.

Hanya dalam tempoh 30 tahun semuanya berubah. Hingga aku lupa dulu aku bergantung pada gadget lapuk untuk menjalankan kerja seharian ini.

Teringat buat pertama kali membeli telepon bimbit pertama yang memang mahal. Teringat harga sim kad dahulu mencecah hingga RM200 tapi top up hanya RM30...kikiki. Kalau tak salah tahun 1999 aku guna telefon bimbit pertama.

Teringat main hantu galah atau captay di sekolah. Paling kurang memerlukan 6 orang untuk main. Hingga bergaduh...gaduh anak-anak kecil.

Perisian komputer yang pertama aku gunakan ialah wordstar. Tak der lagi mouse semuanya guna keyboard. Berbulan aku belajar, itupun tahun 1995. Pinjam komputer kawan.

Bercinta pula semuanya pakai surat. Payah dulu nak kasi surat cinta ni. Kena tunggu masa terbaik baru kasi dan kadang- kadang guna pihak ketiga jadi posmen. Tapi itu manisnya...kena pergi kedai beli kertas wangi dan pen kaler-kaler...

Ahh...semuanya kenangan. Tapi tanpa perkembangan teknologi, adakah aku dapat menerap minat menulis aku diblog. Tak mungkin.

Kita kena akui teknologi digital kini adalah masa depan kita. Mahu tak mahu kita terpaksa belajar dan pengalaman dulu kita gunakan untuk isu-isu kecemasan...hahaha.

Yang penting....aku semakin tua seiring teknologi berkembang..ahaks.

TELEVISYEN


KAWAN-KAWAN


MAINAN KANAK-KANAK


MAINAN

No comments