Selamat Tinggal Rakanku Siva - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Selamat Tinggal Rakanku Siva

Selamat Tinggal Rakanku Siva
Semalam dalam pukul 7.30pm bertarikh 4.7.2017 aku menerima kejutan bahawa rakan sekerja aku telah meninggal dunia.

Rakan sekerja yang kenali semenjak bekerja di Sunpower Malaysia. Kini telah 3 tahun kami berkawan. Tetapi kami begitu rapat hingga pernah dengan beliau bersama rakan-rakan ke Jogjakarta.

Saya namakan beliau sebagai Siva, iaitu nama singkatan beliau. Persahabatan kami.bukan hanya ditempat kerja malah melangkau diluar tempat kerja. Biasalah warga lelaki dewasa berumur 40 tahun ke atas, berborak dan minum di warung.

Beliau meninggal pada usia yang muda iaitu 44 tahun sahaja. Beliau tahun lepas telah di diagnosiskan kanser pankreas tahap 4.

Beliau telah melakukan rawatan dan kimoterapi dan impaknya dari tubuh badan yang gempal menjadi kurus. Memang kurus dan cengkung.

Hanya dia yang tahu kesedihan beliau menghadapi kanser beliau ini. Kita sebagai kawan hanya melihat dan menumpang kesedihan beliau.

Tahun ni memang plan hendak ke Bangkok
Malangnya tak kesampaian hajat beliau untuk.ikut kami. Terasa kehilangan yang amat sangat.

Mana tidaknya, kami semua satu shit selama 3 tahun. Tiap-tiap malam dan pagi makan sama-sama dan bergaduh tiap-tiap hari. 12 jam setiap hari, anda boleh bayangkan persahabatan kami.

Selamat tinggal rakanku...Siva. Awak adalah salah seorang rakan terbaik.
Selamat Tinggal Rakanku Siva

No comments: