Header Ads

Spiderman Homecoming


Kali ini kaki wayang menonton filem dari komik Marvel Spiderman Homecoming yang berbeza dari filem- filem Spiderman yang lain kerana ia melibatkan pasukan Avenger dan Tony Stark.

Lega rasanya menonton filem Spiderman Homecoming yang sememangnya mempunyai kelainan dari semua filem Spiderman yang lain.

Dulu filem Spiderman yang lain, kita sudah tahu jalan ceritanya sebab isi ceritanya hampir sama. Dalam filem Spiderman Homecoming kali ini, Spiderman kali ini adalah anak asuhan Tony Stark. Malahan beliau telah memberi Peter Parker yakni si Spiderman sut yang canggih seperti Iron Man.

Kalau anda nak tahu bagaimana penglibatan Spiderman dengan Tony Stark anda kena tengok filem Avenger 3, pertarungan semua superhero termasuk The Ant. Permusuhan antara Captain Amerika dengan Iron Man. Inilah sambungan filem khas untuk Spiderman.

Malah sut Spiderman telah digodam oleh rakan Peter iaitu Ned menjadi super sut yang mempunyai pembantu seperti sut Iron Man.

Dalam filem Spiderman Homecoming ini rahsia Peter Parker telah diketahui oleh rakannya Ned yang telah membantu beliau.

Dua kelainan filem ini iaitu sut super Spiderman dan rahsianya diketahui oleh rakan sekolahnya.

Malah kelainan filem ini ialah penuh lawak yang terbaik. Peter Parker dalam filem ini dianggap pelajar yang nakal. Dan tengah belajar menggunakan kuasa barunya itu.

Dan paling kelakar ia belajar menggunakan sut supernya yang mempunyai pelbagai fungsi yang dahsyat- dahsyat. Sambil dibantu oleh programmer digital yang beliau namakan Karen. Kelakar giler.

Dalam filem Spiderman Homecoming ini Spiderman sedang menyiasat penjual senjata yang menggunakan teknologi makhluk asing yang menyerang New York. Ingat tak filem Avenger 1.

Mereka menggunakan sumber kuasa teknologi asing membina senjata dan menjual kepada penjenayah.

Pelbagai aksi yang menarik antara pertarungan Spiderman dengan penjual senjata ini hingga terbelah dua feri!!!!

Filem terbaik siri Spiderman yang dihasilkan malah filem ini tidak memerlukan teknik aksi yang melampau sudah cukup memuaskan hati penonton.

Rating terbaik untuk filem Spiderman Homecoming ialah 5/5. Kenapa? Kelainan filem- filem Spiderman yang lain yang ditonjolkan dalam filem ini. Memang kena Spiderman digandingkan dengan Iron Man.

Pengarahnya tidak terikat dengan cerita lapuk Spiderman dan membawa nafas baru kepada hero kita si Spiderman. Tahniah.

No comments