Header Ads

Valerian and the City of a Thousand Planets


Hari ini kaki wayang menonton filem futuristik Valerian and the City of a Thousand Planets yang diolah dari komik juga tapi dari Perancis.

Sekarang ini memang mudah buat filem, tiru dari komik dan kalau meletop, jadikan siri sambungan. Senanngkan...

Cerita Valerian and the City of a Thousand Planets  ini bermula dengan Planet Mul yang telah musnah dalam peperangan galaktik. Mereka dari Planet Mul atau bangsa Pearl yang tidak terlibat langsung dalam peperangan ini telah musnah planet mereka setelah kapal penjahat ditembak jatuh oleh tentera  sekutu menggunakan peluru berpandu.

Kalau mula-mula kita lihat bangsa Pearl ini dah macam filem Avatar pula. Itulah fikiran pertama yang kau fikirkan...hehehehehehe.

Kemudian jalan cerita disambung kepada  dimana watak khas ejen khas Valerian dan Laureline telah di hantar melakukan satu misi untuk mendapatkan semula spesis terancam yang dijual di pasaran haram. ( sebenarnya spesis terancam itu dari Planet Mul yang boleh buat salinan objek jika dia makan objek tersebut)

Semasa misi menyelamatkan spesis tersebut, kedua-dua ejen tersebut terserempak dengan bangsa Pearl yang membuat perjanjian membeli spesis tersebut. Aksi dalam plot ini memang menarik dimana ujudnya perjalanan antara dimensi yang memerlukan mereka memakai cermin mata khas.

Aksi Valerian melarikan diri dan dikejar oleh mahkluk memang best!!

Kemudian mereka kembali ke Alpha iaitu sebuah stesen angkasa  bumi yang berkembang dan dihuni oleh pelbagai makhluk dan juga dikenali City of a Thousand Planets.

Dalam stesen Alpha mereka bertemu dengan Komander yang mengarahkan mereka menyiasat sebuah zon merah yang penuh radioaktif yang dihuni oleh penggganas yang mungkin akan menghancurkan Alpha.

Bermulalah pengembaraan mereka apabila komander mereka di culik oleh pengganas yang rupanya bangsa Pearl dalam usaha mencari spesis salinan tersebut.

Dalam pengembaraan ini yang bestnya ada pelakon tambahan iaitu Rihanna berlakon sebagai Bubble iaitu makhluk yang mnyerupai semua makhluk. Tapi aksi tarian Rihanna agak tak sesuai untuk anak-anak kecil menontonnya.

Apa yang berlaku akhirnya? Adakah bangsa Pearl ini bangsa yang jahat? Adakah Komander terselamat dari penculikannya? Adakah Valerian akan terselamat dari kapalnya yang terhempas?


Rating filem Valerian and the City of a Thousand Planets ini saya berikan ialah 4/5, sebenarnya kalau boleh nak kasi rendah lagi tapi kasihan pula..hehehehe.

Kenapa?
Pertama ialah watak kaum Pearl macam tak original, sebijik macam Avatar dan suasana di Planet Mul pula macam tak realistik.

Kedua, pelakon watak Valerian aku lihat terlalu muda dah jadi ejen, memang tak sesuai. Badan pula kecil dan tak sado. Aku pun tak tahu kenapa pengarah pilih dia.

Ketiga, apa ke hal panggil Rihanna dalam filem ini sekadar menari seksi dan kemudian menyamar bantu Valerian dan akhirnya mati. Tarian Rihanna jer dah buang masa yang banyak kat filem ini.!!

Keempat, filem ini dilabur oleh syarikat Cina maka watak angkawan pertama ialah dari negara China dan kapal angkasa pun siap tunjuk logo negara China. Ini semua mengarut aku tengok seolah-olah pengarah tak der pendirian.  Kalau pelakon kau ambil dari negara China , foe me it OK ler. Ini bodek melampau pula!!

Filem Valerian and the City of a Thousand Planets boleh ditonton dari segi teknik digitalnya dan jalan cerita tak der yang hebat sangat. Itu sahaja komen aku tentang filem ini yang hebat ialah penuh dan sarat dengan teknik digital!! Itu sahaja..


No comments