Akhir Ada Juga Kutuk Malaysia Sukan SEA 2017 - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Akhir Ada Juga Kutuk Malaysia Sukan SEA 2017


Akhirnya ada suara yang mengutuk pemain Malaysia dalam temasya Sukan SEA 2017 ke 29.

Sudah lima hari Sukan SEA berlangsung dan malam ini adalah majlis rasmi Sukan SEA 2017. Dan dah lima hari aku tertunggu-tunggu bila rakyat Malaysia akan mengutuk pemain Malaysia yang menyertai Sukan SEA 2017 ini.

Kali ini kira rekod juga ler sebab ambil masa lima hari rakyat Malaysia ambil masa untuk mengutuk pemain negara sendiri..hahahaha.

Biasanya dalam masa sehari dua dah keluar macam-macam suara negatif kutuk pemain Malaysia kita ni..

Ini yang aku benci tentang rakyat Malaysia, kalau kita kalah mulalah mereka kutuk kemain lagi. Kalah dengan pasukan tak kuat ler..macam badut ler dan macam-macam lagi.

Belum lagi jika ia melibatkan hal-hal politik dimasukkan dalam merosakkan suasana Sukan SEA 2017.

Aku nak tanya, pasukan mana yang hendak kalah? Kalau boleh semua nak menang. Apatah lagi pemain Malaysia, kalau menang emas, macam-macam kau dapat.

So tak payah ler anda semua kutuk pemain negara sendiri. Dah kita tak kuat macam mana nak menang. Dan adat permainan, mesti ada yang menang dan kalah. Itu semua bukan ikut perasaan kita tetapi skill masing-masing.

Bukannya pemain kita tak berlatih dengan baik cuma mereka bukan yang terbaik antara yang terbaik.

Apa kata kalau anda berada di tempat mereka ketika mereka dikalahkan. Bagaimana perasaan kekecewaan mereka ketika itu.

Ya, kita kecewa melihat pemain kita kalah tetapi mereka lagi kecewa dan malu. Latihan berbulan-bulan malah ada yang bertahun, semuanya musnah setelah kalah.

Jika semua permainan kita nak menang, memang hebatlah Malaysia ini. Walhal dalam sukan Olimpik pun tiada negara yang mendominasi semua sukan.

Kadang kala aku pun kecewa melihat standard sukan negara kita ini terutama bolasepak atau badminton, turun naik macam yo yo trend.

Tapi jangan salahkan pemain, kita boleh salahkan pengurusan. Rosaknnya sesuatu sukan itu kerana sikap pengurusan yang salah. Bukan pemain.

Mereka nak menang dan tugas mereka hanyalah bermain sahaja. Bukan salah mereka yer...

Saya berharap, rakyat Malaysia terus bersatu menyokong negara kita dan pemain kita di temasya Sukan SEA 2017.

Tanpa anda , hilanglah semangat mereka. Jika mereka kalah biarlah pihak pengurusan mereka membuat post mortem yang tiada penghujungnya...hehehehe.

Anda boleh mengutuk tapi jangan ikut perasaan hingga melukakan orang yang mempunyai semangat tinggi tapi kalah. Akibat kutukan viral anda, negara kita akan kehilangan permata yang boleh digilap. Dosa tau tak?

No comments: